ASSALAMUALAIKUM AND HI !
TEMPAHAN KAD KAHWIN | Hai ! Hari ini wani nak kongsi dengan korang bakal raja sehari tentang salah satu benda penting yang perlu ada dalam checklist perkahwinan korang .
Iaitu , tempahan kad kahwin atau jemputan majlis perkahwinan .
Baik selalunya tempahan kad kahwin boleh dilakukan
Anggaran 3 Bulan sebelum majlis atau paling lewat sebulan sebelum tarikh kad yang korang nak ada ditangan .
Itu adalah tempoh anggaran yang terbaik dan selamat . Ada juga sesetengah pasangan akan buat kad kahwin selepas confirm tarikh dari pejabat agama . Yes, for sure boleh . Tapi sebaikanya segerakan confirmation tersebut .
Kerana kebiasaanya cetakkan akan mengambil masa paling lama 7 hari waktu bekerja dan paling cepat 2-3 hari waktu berkerja . Apa apa pun berbalik kepada terma & syarat yang kedai cetakkan kad kahwin korang telah ditetapkan . Ada sesetengah kedai mengenakan cas tambahan untuk URGENT order .
Kebanyakkan penjual akan menyediakan pakej kad kahwin untuk menjimatkan dan memudahkan korang untuk buat pemilihan items sekaligus dalam 1 harga . Jadi korang boleh lakukan survey atau pilih apa keperluan yang korang perlu dan pakai pada hari majlis .
Selain itu, sekiranya korang telah kesuntukkan masa untuk tempahan kad kahwin , korang boleh buat tempahan jemputan jenis digital seperti ecard link atau video .
Untuk jemputan jenis digital ecard link mengambil masa kurang dari 24 jam dari tempahan anda sebab ecard link ini biasanya bila dah siap isi form ecard , proceed then terus dah dapat link untuk korang edarkan di group atau media social .
Harga untuk ecard link anggaran dalam RM10 - RM70 . Antara beberapa website untuk ecard link yang korang boleh survey
RM 10 : kadku.pro | Alive Invite
RM 65 : kadkahwin.my | Ikriza Invite
Untuk jemputan jenis digital video mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari waktu berkerja bergantung kepada terma & syarat yang telah ditetapkan oleh penjual tersebut .
Harga untuk motion video anggaran dalam RM10 - RM100 . Yang nie wani tak berikan link sebab terlalu ramai yang boleh buat video . Korang boleh survey di Instagram atau Tiktok .
Untuk bahagian harga jemputan jenis digital , ia bergantung kepada fungsi , motion dan kegunaan eleman yang digunakan . Dalam ecard link RM10 , tak ada lagi tapi ecard link atas RM10 ada lagu, RSVP, Salam kaut dan lain lain . Begitu juga dengan video , mahal mungkin ada gambar orang gerakkan mata dan sebagainya .
Apa apa pun tempahan yang korang boleh bertanyakan soalan kepada penjual mengelak daripada berlaku salah faham , dan juga boleh melakukan survey bergantung kepada bajet dan kemampuan anda .
Jangan fikir kad kahwin ini bagi orang nanti orang buang tapi fikir kad kahwin nie la yang korang akan simpan dan tengok di masa hadapan . Biar cantik dimata korang bukan orang .
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dalam membantu anda dalam penyelesaian kad kahwin dan tempahan anda . Semoga segala urusan korang dipermudahkan .
Terima kasih atas pembacaan korang . Love .
0 Comments