PAKAI BRACES , BERBALOI KAH ?

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 



PAKAI BRACES, BERBALOIKAH? | Hai semua ! Dah lama sangat wani tak update blog nie . Harap masih ada lagi yang sudi singgah blog wani .

Bercakap mengenai braces , ada tak pembaca blog wani yang pakai braces ? Cer angkat tangan dan senyum 😊 . Yeahhh ! Begitu , hahaha . Pakai braces untuk kelihatan gigi cantik tersusun kan . Tapi wani cakap pasal braces nie , wani pakai braces tak ? 🤔

Jawapannya adalah TIDAK !

Wani bukan pemakai braces atau bekas pemakai braces tapi pernah ada impian nak pakai braces . Gitu . Wani nak pakai braces since habis sekolah lagi , masa zaman tu tak tahu pun boleh bayar monthly dekat klinik pergigian , ingat kena bayar sedebuk cash . Pernah bagitahu ibu wani yang wani nak pakai braces , ibu kata mahal , dalam amount RM5,000 macam tu untuk pakai braces di swasta . Kalau nak tunggu kerajaan tak tahu berapa tahun kena tunggu untuk di panggil .

Sejak tu , wani hilangkan keinginan nak pakai braces . Jalani kehidupan macam biasa bersama gigi yang sedia ada nie sampailah sekarang , hehehe .

Timbul balik isu braces nie , bila suami wani cadangkan untuk pakai braces . Wani pun excited nak pasang dan pakai braces . Dah survey beberapa klinik terdekat untuk pemasangan braces nie . Boleh bayar monthly dan paling kurang deposit RM500 - RM1,000 . Monthly bayar dalam RM150 - RM200 sahaja .

Pada masa yang sama , wani ada join group braces dekat facebook . Baca pengalaman dan pertanyaan orang mengenai barces . Bila dah baca pengalaman orang , persediaan , kesakitan dan kegembiraan orang yang pakai braces nie . Mula berfikir dua tiga kali . Nak teruskan atau biar je macam nie 😥

Setelah difikir fikir , wani putuskan untuk tidak pakai braces sebab beberapa faktor . Ada juga wani tengok orang yang dah kahwin dan ada anak pun masih pakai braces . Ada orang yang bersalin pun masih pakai braces . Itu semua pengorbanan seseorang terhadap diri mereka . Nak cantik perlukan pengorbanan .

Kepada awak awak yang masih bujang dan ada keinginan nak pakai braces , teruskanlah niat tu . Jangan tangguh . Orang kata , rawatan kecantikkan paling berbaloi adalah untuk gigi sendiri. Bayar beribu tapi hasilnya look like wow 😮 . Paling minimum 2 tahun pakai braces , bergantung kepada keadaan gigi masing masing . Ada orang sampai 4 tahun pakai braces .

Sementara tengah bujang , elok la pakai . Tak ada nak fikir apa sangat , hehe . Jaga penjagaan gigi dan braces sahaja . Kalau dah kahwin , kena fikir banyak kali untuk pasang braces nie . Apa apa pun pilihan pada diri anda .

Kepada yang masih memakai braces . Anda memang kuat , dan sanggup berkorban untuk diri sendiri dan demi sebuah senyuman . Teruskan penjagaan braces anda sampai dapat tarikh boleh buka braces tersebut . Semoga anda gembira dengan hasil pemakaian braces tersebut .

InshaaAllah , ada rezeki , umur panjang wani akan update blog lagi . Jangan lupa follow wani di Blog , IG dan add request di facebook ☺️✨

Mohon maaf andai ada perkataan atau ayat yang menguriskan hati anda . Terima kasih ☺️💕

























Post a Comment

4 Comments

  1. hi! sya baru je buka braces tahun ni selepas 3 tahun pakai dekat hospital kerajaan haha. sejujurnya pengalaman pakai braces memang sakit! haha tapi okayla sebab nak betulkan gigi kan? :/ sya ada buat video, bolehla tengok hihi https://youtu.be/iBBB4pN2H1A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak . Ya , dah tengok video awak . So nice (: . Seronoknya tengok awak cakap cakap depan kamera , gigi pun cantik , hehe . Alhamdulillah , rezeki awak (:

      Delete
  2. teringin jugak nak pakai.. tapi gigi kite macam okay je hehe

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.Syu saja datang singgah BW tambah kenalan.Jemput singgah blog Syu😊.

    ReplyDelete