|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Kelahiran Puteriku III | You are PRECIOUS in my every way the SUNSHINE in my day , the JOY in my soul and the LOVE of my life .
Samb . . . . . ( kelahiran puteriku II )
Pukul 6.30 wani kena tolak pergi laboor room , dalam pukul 5.00 petang itu nak tolak pergi laboor room tapi tak ada bilik kosong , jadi kena tunggu bilik kosong baru nurse tolak turun pergi laboor room . Bilik dah kosong dalam pukul 6 lebih macam tu nurse terus tolak pergi laboor room .
Nurse dah minta suami packing barang letak dekat bilik depan , nanti lepas bersalin akan dapat katil lain pula .
Dalam laboor room . . .
Mula mula ada 3 orang nurse je , set up barang , lampu , kedudukan wani , rekod apa semua dan minta wani teran sikit sikit . Entah macam mana tetiba ramai pula nurse datang 😂 termasuk la doktor apa semua . Yang wani sedar dalam sakit , suami tak ada dekat sisi wani waktu nak bersalin tu , sobb sobb 😭 . Dahlah suami tak ada dekat sisi . Rasa macam tak ada tenaga dah , nak minta doktor caesar je masa tu . Sangat tak larat nak meneran keluar . Kepala dah keluar , termasuk balik , hahaha .
Alhamdulillah , pukul 7.50 Malam selamat keluar anak perempuan sulung kami 😘 . Wani bersalin normal dengan sedikit alat bantuan doktor . Keluar je baby tu nurse terus bawa keluar . Pegang sikit + sekejap sangat . Lepas tu doktor datang jahit . Allah , masa jahit tiba tiba doktor kata benang terputus sikit kena jahit lagi sekali 😂 hahaha , redha jela masa tu . Jahit hidup hidup .
Lepas dah selesai jahit , suami pun masuk . Suami kata dah azan kan baby dekat bilik mandi . Sejam kena tunggu feedback jahitan sama ada turun darah atau tak . Alhamdulillah , semua okeyy . Baru nurse bawa masuk baby bagi baby susu . Mungkin itu lah kot masa skin to skin . Agaknya skin to skin dengan baby selepas jahitan selesai . Wani baca dekat artikel hospital selepas bersalin , ermmm .
Dah selesai menyusukan baby , nurse suruh gerak naik ke wad pula . Wad yang sama tapi katil lain pula . Suami pun naik bawa barang baby semua . Dah selesai kemas barang , baby pun tidur , suami gerak balik rumah . Keesokkannya baru suami datang balik .
Malam tu tak tidur langsung , berjaga je menyusukan baby dan tukar lampin dia . Baby tidur jela , dalam dia tidur tu main main dengan dia . Sambil berkata kata dalam hati , tak percaya aku bersalin , hehe 😄 .
Terima kasih kepada para nurse dan doktor yang berkerah tenaga menolong wani keluarkan Adlina Shafira .
Terima kasih kepada para nurse dan doktor yang berkerah tenaga menolong wani keluarkan Adlina Shafira .
AHAD | 22hb Julai 2018
Ingatkan hari tu dah boleh balik , penuh berharap nak sangat balik . Rupanya tidak !!! Kena tahan lagi . Esok baru balik sebab kena tahan rumah jauh + muka aku nampak sayu tidak bermaya . Kalau korang nak balik rumah cepat , pagi pagi kena buat muka ceria + senyum kat doktor dengan penuh semangat walaupun masih sakit , kihkih .
Pagi tu ramai doktor dan nurse datang check baby . Check pendengaran , bagi suntikan dekat bahu dan macam macam .
Duduk la wani dekat hospital tu satu hari , suami datang melawat macam biasa . Pukul 4.30 petang masa melawat ramai datang , ibuayah wani , keluarga mertua , kakak biras , makcik pakcik wani dan juga kawan kawan wani .
" Terima kasih datang tengok wani dan baby serta bagi hadiah comel comel "
Semua dah balik , suami pula datang sampai habis masa melawat . Hari tu suami balik awal dah , selepas isyak . Sebelum bersalin dan hari bersalin , balik pukul 10-11 keatas . Nak datang melawat juga walaupun 10 minit je boleh .
ISNIN | 23hb Julai 2018
Hari yang dinanti nantikan untuk pulang . Yeahh ! Dah boleh pulang selepas habis masa melawat pertama . Pukul 3 macam tu wani dah gerak pulang . Masuk hospital berdua , keluar hospital bertiga dah 😊 .
Alhamdulillah , semuanya Allah permudahkan . Ada sakit kuning biasa bagi baby . Dekat seminggu lebih juga shafira kena kuning ulang alik Klinik Kerajaan dan satu malam duduk Hosp Kerajaan .
Bulan 1 nie , shafira 6 bulan . Dah boleh makan anak umi tu dengan pelbagai telatah yang menggembirakan umiayah .
![]() |
Shafira 5 Bulan masa nie . Ayah tak ada pergi khusus . |
Semoga Adlina Shafira jadi anak yang solehah , taat perintah Allah , dihiasi akhlak da budi yang baik . Hormat orang yang lebih tua darinya , Harta umiayah untuk ke syurga nanti .
Dah bersalin , ada anak , baru rasa macam mana susah nya ibu besarkan wani dan adik adik . Kami tiga beradik , ibu bersalin semua cara caesar lagi besar pengorbanan ibu .
Semoga Allah berikan syurga untuk ibu dan ayah dalam mendidik kami .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
9 Comments
Baca cerita ni, terasa macam nak ada baby lagi je. haha...
ReplyDeleteShafira...jaga umi baik-baik ya.Besar perjuangan umi.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. comel.. semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.. follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com
ReplyDeletecomel sangat
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah. Moga jadi anak solehah. Banggakan ibu ayah. :)
ReplyDeletetahniah.. comel baby.. 1st time datang sini. Done follow.. jemput singgah blog sis dan followback ya.. terima kasih :)
ReplyDeleteSalamm kenal sis.Jalan2 singgah sini. done follow ur blog. Jemput follow my blog. Thank you.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletebestnya ada baby dah. comelnya Shafira :D tahniah. betul2 pengalaman
ReplyDelete