|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم

Seronok Bercuti Di Singapura | Tersangat tersangat excited untuk pergi ke USS di Singapura kerana itu telah menjadi impianku sejak kecil lagi . Kebetulan , kawan wani pun nak join . Jadi , tanpa melengahkan masa , wani terus buka aplikasi Traveloka iaitu aplikasi untuk mencari tiket flight yang murah-murah dan juga menempah bilik hotel .
Di Traveloka , anda boleh menempah bilik dan tiket kapal terbang dengan mendapat diskaun sebab mereka ini sentiasa mempunyai promosi . Rugi taw tak grab . Memandangkan wani pergi pada hari minggu saja bermakna wani ada 2 hari untuk pusing-pusing di Singapura . Jadi , wani telah beli tiket kapal terbang dari Penang ke Singapura untuk pukul 6 pagi .
Harga yang wani dapat semasa membeli tiket kapal terbang ke Singapura adalah tersangat murah dan berpatutan . Kami hanya berbackpackers saja untuk percutian kali ini . Tak bercuti lama di Singapura .
Setelah tiba di Terminal Changi pada pukul 7 pagi dan kami terus mencari bas untuk ke USS kerana kami tak mahu bersesak dengan pelancong yang lain . Memandangkan kami pergi masa hari minggu saja , jadi USS akan menjadi tempat yang sesak dan padat dengan orang ramai . Wani menaiki bas Line 24 dari airport ke USS yang ambil masa dalam 2 jam dengan harga RM 12.00 seorang .
Wani sampai di USS pada pukul 9.30 pagi dan semasa itu pun , sudah ramai pelancong di USS itu . USS buka pada pukul 10 pagi dan tutup pukul 7 petang . Bila sudah masuk ke USS , kami rasa macam jadi budak-budak, , haha . Ye la tak pernah masuk USS kan sebelum ini .
Terdapat 7 kawasan yang ada di USS , iaitu :-
01 . Hollywood : Ini direka dengan baik dan wani rasa macam wani berjalan di Hollywood Boulevard . Kami tidak menghabiskan banyak masa di kawasan ini kerana kebanyakannya kedai dan restoran tetapi di Hollywood ini ada pertunjukan oleh pekerja di situ dengan meniru gaya artis-artis di Hollywood .
02 . New York : Kami tidak pernah mencuba apa-apa makanan di sini tetapi kami dapat melihat Sesame Street Show yang sangat lucu ! Sesuai untuk kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah . Malangnya, Lights, Camera and Action' oleh Steven Spielberg ditutup ketika kami berada di sana dan kami tidak pernah mendapat peluang untuk melakukannya , di situ anda akan dapat menonton pentas itu sebagai taufan utama dan memusnahkan New York City .
03 . Sci-Fi City : Di sinilah tempat kegemaran kami dan wani rasa anda juga patut pergi ke sini kerana mempunyai roller coaster ride yang terbaik seperti Battlestar Galactica: Human VS Cyclone, The Transformers 3D Ride and Accelerator .
04 . Ancient Egypt : Sejujurnya kami tidak menjangkakan terlalu banyak dari kawasan Mesir Kuno tetapi Revenge of the Mummy adalah luar biasa dan sangat menakutkan ! Ia berada dalam kegelapan dan pergi ke semua arah yang berbeza supaya kita tidak tahu apa yang sedang berlaku , memang best ! .
05 . Lost World : Ini adalah salah satu kawasan kegemaran wani kerana wani suka Jurassic Park . Mereka mempunyai banyak game di sini seperti Canopy Flyer dan Petualangan Rapid dan mereka juga mempunyai dinding mendaki . Kawasan ini mempunyai tarikan yang boleh dinikmati bersama oleh orang dewasa dan kanak-kanak .
06 . Far Far Away : Baik , di sini kawasan untuk kanak-kanak juga tapi dewqasa macam kita pun dapat juga nak enjoy . Macam wani yang membesar dengan filem Shrek dan di situ ada rumah Shrek yang macam dalam filem Shrek , wani tak melepaskan peluang untuk tangkap gambar di situ , hehe .
07 . Madagascar : Kawasan ini kelihatannya lebih kecil dan hanya mempunyai dua tunggangan utama . Kami pergi ke Madagascar : The Crate Adventure , ride ini memang untuk kanak-kanak tapi orang dewasa nak cuba pun boleh . Kawasan yang jadi kegemaran kami ialah Transformers the Ride: The Ultimate 3D Battle . Ia luar biasa , wani tidak pernah menaiki 3D yang terasa begitu realistik . Disebabkan ini adalah perjalanan pertama kami pergi tidak ada giliran .
Bonus ! Makanan sangat mahal . Seperti yang anda boleh bayangkan , seperti kebanyakan taman tema , makanan juga mahal . Malangnya, kami tidak boleh membawa makanan ke USS , tetapi jangan risau , kami boleh keluar dari taman dan masuk selagi kami mendapat cop apabila kami keluar dari USS yang bermaksud kita boleh membeli makanan di luar . Dekat luar terdapat banyak restoran , kafe dan 7 eleven di sana .
Setelah seharian di USS , kami terus ke hotel iaitu 5footway.inn Project Chinatown 1 di Chinatown . Hotel ini ada inn yang konsep macam bilik asrama . Sesuai dengan orang yang backpackers macam kami . Malam tu kami keluar pusing-pusing SIngapura yang berdekatan dengan hotel kami sahaja kerana kami terlalu penat bermain dari pagi hingga ke petang .
Kami dapat makan murtabak cheese yang famous di Singapura dan beli sedikit souvenir . Esoknya , kami checkout pukul 12 dan terus ke Changi airport kerana tiket kapal terbang kami pukul 2.30 petang dan kami tak mahu kelam-kabut bila di airport nanti .
Jadi , wani sarankan dekat anda yang tak pernah pergi ke USS untuk pergi walaupun sekali sahaja . Mesti korang takkan menyesal punya . Berbaloi baloi rasa pergi Singapura walaupun dua hari satu malam sahaja .
Selamat Bercuti di USS . Jangan lupa ambil gambar sebagai kenangan (:
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
0 Comments