|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم

Dibawah adalah beberapa contoh material kad bisnes yang anda boleh jadikan rujukan bila nak buat tempahan kad bisnes atau kad nama 😊 .
Jenis material kad bisnes .
Jenis material Artcard .
Kebiasaannya pelanggan yang ingin mula berniaga akan pilih artcard . Dan bila mereka nak repeat order , mereka akan pilih material yang bagus . Artcard adalah kad biasa seperti jenis kad kahwin . Ketebalan 260gsm dan 310gsm . Boleh pilih ketebalan kad nya .
Jenis material Matt Lamination .
Kad jenis tidak kasar dan tidak la licin sangat tapi kad jenis matt lamination ini memang bagus . Ia adalah jenis kad keras . Kalis air . Jangan risau , sesiapa pilih jenis matt lamination ini memang akan puas hati 😍👍 .
Jenis material Gloss Lamination .
Kad jenis licin . Kad ini bila menghala ke cahaya ia akan nampak berkilau . Ia juga adalah kad jenis kalis air dan tahan lama . Antara kad material yang bagus selain daripada matt lamination . Siapa suka nampak kad berkilau boleh cuba kad jenis material gloss lamination ini 😊 .
Jenis material Fine Linen .
Fine Linen ini jenis kad kasar , kalau tengok kad jenis fine linen nie terdapat corak garisan garisan pada kad tersebut . Bila kita sentuh kad tersebut , kita akan rasa ada garisan pada kad tersebut .
Jenis material Ivory .
Material kad ini macam jenis kad manila kad atau material kertas A4 , tapi jangan risau . Kad ivory nie lebih tebal daripada manila kad . Yang penting ia adalah kalis air , dan tahan lama . Kalau kena air sikit pun ia takkan menjejaskan warna pada kad tersebut .
Jenis material Spot UV .
Spot UV ini agak mahal sikit sebab spot UV nie yang cantikkan kad nampak timbul timbul tu . Mesti kita rasa
" Cantiknya kad aku , ada timbul timbul nie "
Yaa ! Yang timbul itu lah dipanggil spot UV . Boleh timbulkan gambar atau perkataan atau kedua-duanya . Atas pilihan anda . Tapi serius cakap , customer yang gunakan material ada spot UV nie semua puas hati dan feedback mereka " cantik " , hehe . Anda boleh cuba kalau mahu 😉 .
Serba sedikit wani kongsikan material kad bisnes dan kad nama untuk rujukan anda . Harga setiap material tak sama . Nak tahu harga murah yang wani sediakan untuk anda ? Boleh hubungi kami 😊 .
Whatsapp : https://www.wasap.my/601132403877Facebook : Arifani DesignEmail : arifanidesign@gmail.com .
Semoga ia membantu anda dalam pemilihan kad bisnes atau kad nama pilihan anda . Anda puas hati , orang yang menerima kad anda senang hati . Sebab apa ? Menarik dan Cantik 😉👍 .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
2 Comments
owh taw perbezaan material kad bisnes terima kasih sharing nanti kalau berminat boleh tempah ni
ReplyDeleteOwh.. banyak jenis rupanya..tq untuk perkongsian nie..
ReplyDelete