Dapat Kerja . Alhamdulillah .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for book tumblr wallpaper

Dapat Kerja , Alhamdulillah | Dua bulan selepas wani kahwin , wani berhenti bekerja di satu tadika ini . Boleh rujuk post INI . Dekat dua tahun juga kerja dekat tadika tersebut . Rezeki tak panjang dekat tadika tersebut atas sebab beberapa faktor . Lepas berhenti , rasa lapang dan banyak habiskan masa dengan jaga rumahtangga . Bila dah biasa kerja , tetiba tak bekerja rasa lain , pada masa yang sama , wani mohon juga kerja lain ikut minat diri .

Banyak juga mohon kerja tapi biasalah , zaman sekarang bukan senang nak cari kerja , tambah pula kerja yang wani mohon luar dari bidang diploma , hehehe . Ada sedikit sahaja wani mohon jadi guru . Wani tak mohon kerja jadi guru tadika , mohon sebagai guru sekolah rendah .

Alhamdulillah , rezeki anak . Dapat panggilan menjadi guru ganti dekat satu sekolah agama . Berdekatan dengan rumah dan suami pun izinkan . Sebelum nie , suami tak izinkan kerja dah sebab wani mohon semua kerja luar daripada Batang Kali , hehehe . Tambah pula wani mengandung , tak nak bagi drive sendiri .

Tak tahu nak kata macam mana , tapi alhamdulillah , seronok kerja situ . Rasa macam diri berkata 
" Ya Allah , suasana macam ini la yang aku nak daripada dulu bila jadi cikgu "
Walaupun hanya sebagai guru ganti , Allah bagi wani rasa nikmat itu seketika , suasana yang wani inginkan daripada dulu .

Sebelum ini , ada mohon sebagai guru jais . Tak ada rezeki , temuduga wani tak lulus . Ingat nak mohon lagi tapi mengenangkan anak yang bakal dilahirkan , tak jadi mohon , kalau boleh tak nak hantar pengasuh dan suami pula tak galakkan hantar pengasuh . 

Tak mengapalah , dapat jadi kerja sekejap pun tak jadi masalah . Rezeki Allah dimana mana sahaja . Ibu duduk rumah sahaja pun , Allah dah beri nikmat rezeki , alhamdulillah .

Sesiapa nak order kad bisnes , boleh PM wani ye 😄 . Nak tahu lebih lanjut boleh wasap ( +6011 32493877 ) atau pm di Arifani Design .



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||




Post a Comment

8 Comments


  1. Allhamdulillah... rezeki Allah dh tetapkan terbaik tuk kita... semoga wani sukses dan dimurahkan rezeki selalu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah kak :) Jaga kesihatan jugak tau kak :)

    ReplyDelete
  3. Buat homeschool untuk anak-anak sendiri nanti...mesti seronok. Tahniah untuk baby yang bakal lahir.

    ReplyDelete
  4. hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. lepas ni boleh jadi guru tusyen

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki anak.. kalau minat mengajar, bolehlah jadi guru tuisyen.. Mengajar juga tu wani..

    ReplyDelete