|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم

Perlahan Perlahan Kayuh | Dalam hidup ini bukan senang , nak senang . Kena usaha dan yang paling penting jangan pernah putus asa . InshaaAllah , apa usaha yang kita buat Allah Maha Mengetahui , cuma cepat atau lambat sahaja hasilnya .
Sekarang , wani tengah perlahan lahan nak ceburui bidang grafik , tak senang tanpa asas tapi kena belajar . Wani bermula dengan membeli CD master software grafik designer . Ilmu mengenai grafik memang zero , tak tahu apa apa pun tapi wani minat nak cuba sebab wani rasa bidang ini menarik .
Bila dah dapat CD software itu , download software dan cuba faham tutorial dalam CD itu , memang blur , hahaha . Sebab tak tahu kegunaan sesuatu tools itu . Atas sebab minat , wani cubakan juga faham dan belajar perlahan lahan dari CD software dan youtube .
Walaupun kadang kadang putus asa juga , hehe . Salah satu sebab , kekangan masa nak belajar . Dulu , wani kerja , dari pagi sampai petang . Bila malam , nak buka laptop rasa tak sempat , tambahan pula mengantuk . Sabtu ahad saja berkesempatan nak belek software tersebut dan blog .
Dah tak kerja ini , rasa lain macam tak ada duit sendiri , walaupun suami ada beri duit nafkah tapi wani tetap rasa nak pegang duit sendiri , duit hasil kerja sendiri . Nak kerja , suami dah tak izinkan , jadi duduk rumah sahaja . Bila duduk rumah , rasa nak buat something . Tetiba wani teringat software yang wani beli ini . Kali ini tekad nak belajar betul betul .
Alhamdulillah , takdir Allah , wani ditemukan dengan seorang kakak ini , kakak ini senior masa wani sekolah menengah dahulu . Wani tak tahu kakak ini ada buka kedai di taman perumahannya , dia juga mengambil tempahan kad kahwin .
Bermula dari dia , wani perlahan lahan belajar grafik buat kad kahwin . Dan bersungguh nak belajar software grafik ini . Alhamdulillah , wani juga dapat sokongan daripada ibuayah dan suami . Ibu pesan , kali ini kena buat betul betul jangan separuh jalan . Semoga Allah berkati apa yang wani ingin lakukan ini .
Wani sekarang belajar dalam design kad kahwin . InshaaAllah , akan datang boleh ambil tempahan dari orang awam . Doakan wani berjaya , inshaaAllah . Mula mula dah berangan nak buka kedai sendiri , hehe . Macam office sendiri gitu . Mengenangkan sewa kedai dan wani pun tak ada modal , letak tepi dahulu angan angan itu .
Langkah pertama ini , nak daftar SSM dahulu . Lepas yang satu ini , inshaaAllah akan lega sikit dan rasa dalam diri ini dah ada tanggungjawab yang baru dan orang akan percaya dengan perniagaan wani . Kalau ikut perancangan nak mulakan bulan dua ini , bulan satu ini belajar design dahulu . InshaaAllah .
Doakan wani berjaya 😊 dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat . Semoga doa itu berbalik kepada anda .
Dekat bawah ini beberapa design yang wani cuba buat , mohon komen 😄 .
Mohon komen , untuk sokongan moral kepada wani dan semangat diakan datang 😉 .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
10 Comments
canti design wani..semua cantik dan kemas..semoga maju jaya wani..
ReplyDeletesweet design tu..guna ai ke? nampak mcm business dh on tu..gud luck Wani
ReplyDeleteWah comelnya design kad kahwin tu! ^^
ReplyDeleteCantik lah design semua Tu.. semoga terus berjaya ye
ReplyDeletecantik designnya...semoga dipermudahkan...
ReplyDeletewah,,kreatifnya..cantik design design yang ada. semoga semakin berjaya dalam bidang grafik ni.
ReplyDeletegood luck ye dengan apa jua bidang
ReplyDeleteSemoga berjaya wani..
ReplyDeletenak seribu daya and yes you can do it.. minat kena tinggi dan tak boleh giv up okay.. cantik2 designnya kalo suruh akak buat memang kelaut jadinya hehe..
ReplyDeleteCantik design wani.. semoga berjaya..
ReplyDelete