|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Mohon Insentif Perkahwinan Selangor | Kerajaan Selangor telah menyediakan bantuan kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin kurang dari 12 bulan tarikh pernikahan . Jadi , kepada anda yang baru berkahwin buat kali pertama , cecepatlah mohon bantuan perkahwinan ini . Rezeki selepas kahwin , jangan ditolak , hehe .
Permohonan ini hanya boleh dibuat oleh orang selangor sahaja . Kalau pasangan anda , orang terengganu tapi dah bermastautin di selangor lebih dari 10 tahun , dibenarkan untuk mohon . Kalau anda dan pasangan orang selangor , dua dua boleh mohon insentif ini . Kiranya nanti dapat la RM 1,000 .
Wani dan suami dah buat permohonan minggu lepas . Walaupun suami lahir dekat terengganu , tapi suami dah menetap di selangor daripada kecil . Jadi kami berdua boleh buat permohonan .
Nak mohon , ada syarat syarat yang ditetapkan :-
🌸 Warganegara Malaysia .
🌸 Terbuka kepada semua kaum .
🌸 Lahir di Negeri Selangor ATAU Lahir di luar Negeri Selangor
( Alamat MyKad mestilah dalam Selangor | Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid) )
🌸 Berumur 35 tahun ke bawah
🌸 Perkahwinan kali pertama sahaja
🌸 Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
🌸 Dokumen sokongan perlu dihantar ke pejabat YAWAS dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online .
🌸 Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 .
Digalakkan anda isi borang online ini semasa sijil pernikahan telah ada di tangan anda . Senang . Sebab anda perlu hantar dokumen dalam tempoh 2 minggu sahaja dari tarikh pengisian online anda . Sediakan salinan kad pengenalan anda , salinan sijil pernikahan ( depan dan belakang ) dan borang mastautin . Borang mastautin memang dah disediakan YAWAS dalam online , anda hanya print dan minta tandatangan ketua kampung atau penghulu penduduk .
Masa kitaorang pergi hantar borang insentif ini , kakitangan pejabat Dun kata , kemungkinan duit akan dapat dalam tempoh 2 bulan atau 45 hari . Duit akan diberikan dalam bentuk baucer , kita kena pergi bsn bawa baucer untuk tukar dengan duit . Tetapi ada yang mengatakan dalam tempoh setahun , wallahualam . Sekiranya duit telah dapat mereka akan beritahu melalui email kita .
Jadi , kepada anda yang belum buat permohonan , boleh klik LINK ini . Wani mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berjaya . Ada rezeki , inshaaAllah .
Nak minta sumbangan likes daripada anda . Tolong like fanpage perniagaan ayah wani ini 😄 . Terima kasih atas jaga baik jari anda , hehe .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
3 Comments
Untung kan dpt insentif tu. Masa kak ana dulu takde lagi. Huhu. Ni dpt apply tawas je utk anak. Alhamdulillah.
ReplyDeleteuntung orang selangor... tahniah jadi orang selangor..
ReplyDeletebagus jugak insentif macam ni.. dapatlah bantu org baru kawen tu.. banyak benda nak guna duit untuk mulakan hidup baru..
ReplyDelete