|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah , sehingga sekarang Allah beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini . Tinggal lagi sebulan untuk kita masuk ke tahun 2018 . Rasa cepatnya masa berlalu dan semakin tua , haha . Tahun depan umur dah masuk 24 tahun . Dah besar rupanya anak pakcik zunidan ini (:
Tak dinafikan , sepanjang bulan october macam macam kenangan pahit dan manis tercipta . Bermula dari kemanisan , hingga kepahitan , hehe . Sepanjang october juga banyak belajar benda yang baru dalam diri dan untuk rumahtangga .
![]() |
Hai November |
Awal bulan 10 , 01hb oktober berlangsung majlis bertandang rumah lelaki . Bila masuk bulan 10 itu ibarat fasa baru dalam rumahtangga , sebab dah selesai dua dua majlis . Majlis rumah wani , 16hb september . Pada bulan 10 banyak belajar perkara baru untuk diri sendiri dan rumahtangga .
Dalam kebahagiaan , tercalit ujian untuk diri . Ada hikmahnya yang Allah dah aturkan . Hujung bulan 10 , wani berhenti kerja , atas sebab sebab tertentu . Selepas berhenti kerja , Allah murahkan rezeki . Daripada sebelum ini tak pernah dapat job untuk blog . Sekarang , alhamdulillah , ada job untuk blog . Kena usaha lebih kerana rasa masih dalam fasa permulaan .
Tak tahu macam mana nak kata kalau berjumpa dengan sejenis manusia yang suka kondem orang dan juga manusia yang busuk hati . Bukan apa , manusia pula sejenis mak orang tapi sifat dan perangai . Allah . Semoga Allah hindar kita semua daripada perangai mazmumah .
Daripada orang sekeliling , rakan sekerja , keluarga boleh belajar mana baik dan mana buruk . Diri ini bukan masih budak budak yang nak belajar berjalan . Semua dah belajar pahala dan dosa . Disebabkan wani rasa macam , huuhhh ! Ada orang yang tak puashati dan suka cakap belakang ini , wani maafkan jela . Buat apa nak berdendam , biar la manusia itu buat untuk kesenangan diri dia . Yang pelik nya , wani tak ganggu pun hidup manusia itu tapi entahlah , hahaha . Macam kelakar la perangai manusia itu .
Mungkin melalui manusia tersebut , Allah berikan peluang nak berhenti kerja . Terasa macam bebas , baru keluar dari kegelapan . Mengajar memang amalan yang mulia , pekerjaan yang mulia tapi apa guna kemuliaan tersebut kalau berbuat sesuatu perkara yang merosakkan imej seorang pendidik . Semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah dan sempat memohon ampun kepada manusia yang lain .
Bila dah ada suami ini , nak buat apa apa mesti fikir suami dulu , sebab dosa isteri , suami yang tanggung . Syurga isteri dekat suami . Dah kahwin ini , baru nak belek-belek buku rumahtangga . Alhamdulillah , dah sebulan lebih bergelar isteri , sisa hidup bujang itu masih ada dalam diri , hehe . Banyak benda nak kena belajar dan perbetulkan dalam diri .
Dalam rezeki yang Allah tarik nikmatnya , Allah wujudkan rezeki yang lain . Alhamdulillah , rezeki tak pernah salah orang . Allah datangkan hujan dalam diri , kemudian Dia hadirkan pelangi dalam hidup . Masa lalu jadikan pengajaran dan iktibar untuk masa yang akan datang . Semoga Allah ampuni semua dosa kita dan merahmati hidup kita di dunia dan akhirat . Aamiin 😊 .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
1 Comments
bw dan dofollow blog ni, follow insta juga... tahniah, blog yang cantik jarang akak jumpa blog bertemakan warna kuning... mmg cantik sangat...
ReplyDelete