|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Siapa suka makan kuew teow ? Angkat tangan . Takpe , angkat tangan depan laptop orang tak nampak , hehe . Siapa yang tak suka memang rugi . Kuew teow ini salah satu makanan favorite wani . Tapi bukan semua kuew teow boleh masuk dengan tekak . Hanya kuew teow tertentu sahaja , seperti kuew teow masakan ibu . Tak susah nak masak kuew teow dan tak makan masa yang banyak untuk masak .
Nak masak kuew teow ini macam macam jenis dan rasa ada , semua atas kreativiti masing masing . Kalau wani , tak suka makan sayur jadi kuew teow masakan wani tak ada letak sayur , hehe . Sesiapa tak makan sayur boleh cuba resepi wani ini , hehe .
Okeyy . Kita mulakan dengan menyediaan bahan .
Bahan Bahan :
* Sebungkus Kuew Teow
* 4 ulas bawang putih - Diketuk
* 4 sudu cili kisar
* Minyak masak
* Ayam
* Daging
* 1/4 Kiub Pati Ayam
* Sos Tiram
* 2 Biji Telur
Cara Masakan :
01 . Kuew teow basuh dengan menggunakan air panas , kemudian ditoskan . ( Ketepikan )
02 . Panaskan minyak dalam kuali .
03 . Tumis bawang putih , bila dah naik bau masukkan cili kisar , kacau sehingga cili masak .
04 . Masukkan ayam dan daging ( kacau )
05 . Masukkan telur , kacau sehingga telur pecah dan sebati dalam masakan .
06 . Letak sos tiram secukup rasa anda .
07 . Masukkan 1/4 kiub pati ayam . Pecahkan kiub dalam kuali .
08 . Masukkan kuew teow dan kicap secukup rasa .
09 . Kacau kuew teow sehingga sebati
10 . Siap untuk dihidangkan .
Dalam kuew teow ini boleh letak macam macam seperti fishcake , udang , daun kucai , taugeh atau kerang . Ikut citarasa masak memacam , disebabkan wani tak makan sayur jadi dalam kuew teow hanya letak ayam dan daging sahaja . Kuew teow itu tak adalah nampak menarik sangat tapi sedap untuk dimakan , hehe .
Bukan senang ibu nak komen masakan wani taw , tapi pagi tadi ibu komen masakan kuew teow kali ini , boleh bagi A++ , yeahhhh ! Alhamdulillah , dah pandai masak , haha . Suami pun kata sedap , berani suami kata tak sedap masakan isteri dia , hahaha . Tiba tiba suami kata " Sebenarnya bukan tak pandai masak kan ? " . Sebelum kahwin , wani selalu bagitahu suami yang wani tak pandai masak , hehe .
Selamat mencuba dan menjamu selera . Tambah bahan ikut citarasa anda untuk kuew teow nampak menarik dan sedap .
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
3 Comments
sedapnye lahai...
ReplyDeleteNice sharing.. =)
ReplyDeletefeveret CCL kway teow goreng nih
ReplyDelete