Cara Membeli Di Laman Web Watsons .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Related image


Cara Membeli Di Laman Web Watsons | Tak lama bulan lalu , wani ada update beli barang online dekat watsons ( SINI ) . Ada satu barang itu , dah hampir nak habis . Banyak kali plan nak pergi rawang tapi tak pergi pun , hehehe . Jadi , jawapan nya beli online sahaja . Tak ada masa lagi nak pergi ke rawang lepas habis kenduri kahwin hari itu .

Hari ini , baru terperasan ada satu email pada awal october hari itu . Seseorang menanyakan dekat wani macam mana nak beli online dekat watsons ? Jadi kebetulan wani memang nak beli barang dekat watsons , wani beritahu sekali macam mana nak beli belah di online watsons 😊 .

Mula mula masuk laman web watsons . Kemudian cari keyword produk dekat kotak search , contoh " Himalaya " . Akan keluar banyak produk himalaya , jadi klik pada gambar produk yang anda nak .


Teruskan pembelian dengan klik dekat button " Add To Basket " , bila dah klik , barangan tersebut dah ada dalam bakul termasuk freegift yang watsons nak bagi .

Dah selesai pembelian , anda boleh terus klik pada button " Checkout " dekat gambar bakul belah kanan itu .


Boleh check barangan yang anda beli , dah berpuas hati dengan barangan yang anda nak beli , tandakan tick dalam kotak kecil dekat bawah itu . Seterusnya klik button " Checkout " .

Akan keluar detail nama , no tel dan alamat untuk dihantar . Kena tengok baik baik alamat itu , risau salah taip alamat , hehehe . 


Anda juga boleh pergi pickup sendiri dekat store watsons yang terdekat . Kena tick dekat " Click & Collect at Watsons Store " . Itu kalau nak beli online tapi ambil barang dekat watsons yang terdekat .
Dah selesai perhatikan nama , no. tel dan alamat boleh terus klik button " Next " untuk buat pembayaran .


Buat pembayaran melalui kad VISA / MasterCard / Direct Debit untuk pembelian kali pertama untuk masukkan details kad bagi pemotongan terus ke akaun bank anda . Kemudian klik button " Next " untuk isi details kad bank anda .

Untuk pembelian kali kedua dan seterusnya , perlu tick pada " Your Cards " bukan " VISA / MasterCard / Direct Debit " .


Haaa , inilah ruang untuk anda isi details kad bank anda . Isi semua maklumat yang ada pada kad bank anda .
Cardholder Name - Isi nama yang anda .
Card Number - Nombor yang ada dekat depan kad bank .
Expiration Date - Ada dekat bawah kad anda ( 08/23 )
CW - Adalah tiga digit yang ada di belakang kad bank anda ( 673 )

Kemudian tandakan tick di " I agree " itu , kemudian klik button " Submit Payment " . Automatik , ia akan pergi ke laman web bank anda .


Bila dah masuk laman web bank anda , isi pin atau security code yang anda akan dapat di telefon anda . Bila dah masukkan no tersebut untuk pengesahan , tunggu sehingga ia akan kembali ke laman web watsons .

Taaadaaaa !! Anda telah berjaya beli barangan di laman web watsons . Tinggal tunggu abang posmen untuk hantar barangan tersebut kepada anda 😄😊 .


Harga yang anda bayar termasuk harga postage dan GST . Anda juga boleh check sama ada barang tersebut dah bergerak hantar atau belum . Cuma log in sahaja akaun watsons anda , akan keluar invoice pembelian anda .

Apa apa pun sebelum mulakan pembelian , anda sign up dahulu akaun watsons anda untuk memudahkan pembelian . Akan datang boleh beli belah di watsons lagi cuma log in sahaja akaun tersebut 😊

Alhamdulillah , selesai . Anda boleh beli barangan secara online di watsons sekarang , hehehe . Minta maaf sekiranya ada kekurangan dalam post ini , atau pertanyaan boleh ke email wani 😊




|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



Post a Comment

8 Comments

  1. wahh baru tahu boleh shopping online dekat watson. mudahnya sekarang,.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  2. betul-betul senang ada online skrg ni. saya pun suka.

    ReplyDelete
  3. Saya punya order dari 23/12 tak sampai lagi 😧 Risau takut xsampai sampai kesudah😂 No tracking dia hantar kt email ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punya pun belum sampai. Tapi dia mark dah delivered

      Delete
    2. Queen aina..brg da smpai ke? tracking no watson bg cm pelik.. X tau nk track kt ne..

      Delete
  4. Salam Wani, boleh tak nak minta tolong belikan dari web Watsons? Sebab saye tak update lgi phone number dekat bank so MSOS code send dekat number phone lama :(

    ReplyDelete
  5. dia bg tracking number x sis?

    ReplyDelete
  6. Kalau dapat emel FPX sebab cancel order tu macam mana ye ? Ada yang tahu tak

    ReplyDelete