Soalan UPKK Dah Bocor ??

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for examination tumblr


Dengar dengar berita hari ini , soalan UPKK ( Ujian Penilaian Kelas KAFA ) dah bocor . Riuh dekat whatsapp group sekolah menengah sebab dalam batch wani ramai mengajar dekat sekolah agama .

UPKK ini apa ye ? Okeyy . 
UPKK ini singkatan untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA . Ujian ini hanya untuk tahun lima (5) sahaja , bagi tahun enam (6) dipanggil PSRA ( Penilaian Sekolah Rendah Agama ) . Kedua duanya amat penting . UPKK ibarat sama macam periksa besar UPSR , PMR dan SPM sebab soalan UPKK sama dengan semua negeri , bukan negeri lain soalan lain .

Nak buat apa dengan sijil UPKK ini ?
Sijil UPKK ini boleh digunakan untuk kemasukkan sekolah menengah agama bagi seluruh negeri , makna kata sekolah mana mana pun akan pandang sijil UPKK dulu daripada sijil lain seperti PSRA . Minta maaf , untuk permohonan sekolah berasrama penuh atau sekolah menengah biasa wani tak pasti pandang sijil UPKK atau tak .

Jadi sebenarnya UPKK ini penting untuk masa depan murid murid . Cuma di selangor tak diwajibkan lagi ambil UPKK ia digalakkan sahaja tapi di perak , mereka dah mewajibkan pelajar ambil ujian UPKK ini .

Petang tadi ibu wani ada cerita yang ada kawan-kawan ibu tak tahu apa pentingnya UPKK ini dan untuk apa UPKK ini , mereka kata tahu tahu je pihak sekolah minta kena bayar . Sepatutnya sebuah sekolah itu kena terangkan kepada ibubapa ada tujuan UPKK ini dan kegunaan UPKK ini untuk masa depan anak-anak mereka .

Bila kecoh mengenai soalan UPKK dah bocor erti kata lain telah pecah masuk , jadi jadual UPKK pun telah diubah bagi kelancaran peperiksaan UPKK . Walaupun beberapa subjek soalan telah bocor tapi pengubal soalan tetap dah menyediakan soalan lain . Pepatah kata , Sediakan Payung Sebelum Hujan .

Dibawah adalah jadual baru untuk peperiksaan UPKK 2017 .



InshaaAllah , setiap apa yang terjadi ada hikmahnya . Semoga murid murid anda semua dapat menjawab soalan UPKK dengan cemerlang nyaa , aamiin 😄

Sekiranya ada kesilapan dalam post ini , boleh direct teguran di SINI . Terima kasih , minta maaf salah silap atau kekurangan pada post kali ini . Jumpa next entry , InshaaAllah (:




|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||




Post a Comment

1 Comments