Hukum Menangis Kerana Sakit

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for sakit tumblr

SOALAN :

Apakah hukum sekiranya saya menangis kerana merasakan sakit yang ditanggung terasa amat berat ? Bolehkah sekiranya saya memberitahu ahli keluarga tentang sakit yang saya alami ?


JAWAPAN :

Tidak salah menangis sekadar mengalirkan air mata dan bukan meratap kesakitan yang dialami . Hal ini dinyatakan berdasarkan pernyataan Rasulullah S.A.W ketika anaknya Ibrahim R.A meninggal dunia yang bermaksud :

" Mata mengeluarkan airmata , hati bersedih , kami tidak mengatakan kecuali yang menyenangkan Tuhan . Kerana perpisahan denganmu wahai ibrahim , sungguh kami bersedih "

Terdapat banyak lagi hadis yang menyokong perkara ini . Tidak salah sekiranya anda ingin memberitahu ahli keluarga dan rakan rakan tentang penyakit yang anda alami , selagi anda ingat kepada Allah , bersyukur dan redha akan ketentuan-Nya . Selain itu , sentiasa memanjatkan doa kepada-Nya agar disembuhkan daripada penyakit tersebut .

Harus bersabar dalam menghadapi penyakit tersebut kerana Allah SWT akan mengurniakan pahala yang setimpal dengan kesabaran anda terhadap ujian-Nya .

Allah SWT berfirman :

" Sesungguhnya orang orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira "
( Surah Az Zumar 39 : 10 )


Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud :

" Seorang muslim tidak ditimpa keletihan , penderitaan , penyakit , kesedihan , atau luka bahkan oleh tusukan duri , kecuali perkara tersebut menjadi tebusan yang diberikan Allah atas dosa-dosanya "

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

" Jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang , Dia akan menimpakan cubaan kepadanya ."
( Riwayat At Tarmidzi )



Setiap apa yang terjadi terhadap diri kita , mempunyai hikmah tersendiri kerana Allah dah catur secantik mungkin kehidupan hamba-hambaNya .


Sumber : Buku Wanita Dalam Islam .



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' |



Post a Comment

9 Comments

  1. SubhanaAllah.Alhamdulillah.Terima kasih perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Nurul kalau sakit je mesti menangis.. demam jugak.. huhuhu... tak tahu la sebab dari kecik parents kata Nurul macam tu..

    ReplyDelete
  3. Hi, mrs pip dtg melawat ... #afbdotmy

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. esok last... mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =)
    ni link nya.. jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  6. Kadang2 akibat sakit yang teramat memang tak dapat nak tahan air mata tu.. terima kasih atas info ni

    ReplyDelete