|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya banyak kali terfikir nak update ke tak nak tapi blog nie pun dah lama tak terusik . Sunyi , kosong dan hambar , hehe .
Alhamdulillah , tanggal 18hb March 2017 telah berlangsung majlis pertunangan wani dengan putera pilihan , dengan restu ibuayah dan ibuabah dia . Alhamdulillah , dah hampir 6 bulan bergelar tunangan orang .
Majlis tunang nie simple simple je , hanya panggil sedara mara dan kawan kawan terdekat saja . Makanan tetamu cuma order katering , bab nie ayah dan ibu yang uruskan , nak merewang penat badan , adik beradik pun tak ramai 2 orang je 😄
Boleh dikatakan fully majlis nie semua makngah wani yang uruskan , daripada baju , pelamin , gubahan hantaran dan segalanya . Untuk makeup , pakai khidmat sepupu ja , tak ada bayaran 😁
Untuk hantaran , wani ada bagi satu barang naik , lelaki cuma berbalas manisan saja .
Lelaki
* Set makanan sunnah
* Kek
* Cincin
* Sirih junjung
* Buah Buahan .
Perempuan
* Coklat
* Sirih Junjung
* Kek
* Buah Agar agar
* Kain pasang .
Btw , dalam perbincangan kami , tiga (3) balas lima (5) saja . Tapi yang jadi hari tu lima (5) balas lima (5) masa tu , takpela , ia tak menjadi dosa pun 😅 .
Alhamdulillah , sedara mara ramai yang hadir , kawan-kawan yang dijemput pun hadir , tidak mengecewakan , hehe . Rombongan lelaki datang dengan empat (4) buah kereta .
Alhamdulillah , segalanya Allah permudahkan dengan baik nya . Perancangan Allah itu lagi cantik daripada perancangan manusia , tak pernah terfikir akan menjadi tunangan kawan masa sekolah rendah , seolah satu rahmat daripada Allah yang cukup bermakna dalam hidup ini 😄
Semoga hubungan kita ini diberkati dan dilindungi Allah daripada perkara perkara keburukkan . Semoga segala urusan untuk majlis perkahwinan nanti dipermudahkan Allah , inshaaAllah , aamiin .
Sekiranya berkesempatan , akan update cerita lain pula . Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan didalam post kali nie .
Doakan kami 😊
Semoga hubungan kita ini diberkati dan dilindungi Allah daripada perkara perkara keburukkan . Semoga segala urusan untuk majlis perkahwinan nanti dipermudahkan Allah , inshaaAllah , aamiin .
Sekiranya berkesempatan , akan update cerita lain pula . Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan didalam post kali nie .
Doakan kami 😊
|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||
9 Comments
tahniah :D
ReplyDeleteAlhamdulillah & tahniah...
ReplyDeleteTahniah wani!!
ReplyDeleteTahniah .... semoga gembira selalu.
ReplyDeleteTahniah wani.
ReplyDeletehai wani. busyra singgah sini.. Alhamdulillah wani dah jadi tunang org. busyra doakan wani selamat di ijab kabulkan nnti. amin..
ReplyDeleteTahniahh. Moga dipermudahkan semua urusan lepas ni :)
ReplyDeletetahniah :)
ReplyDeletetahniah wani.
ReplyDeleteUyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger