Rahsia Berselawat

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for selawat tumblr


🌹 Sabda Rasulullah SAW :-
" Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali , nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya sepuluh (10) kali ganda "
( HR Muslim )

🌹Allah akan hapuskan dosa dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak sebelas (11) kali setiap hari selesai solat fardhu .

🌹Jodoh ditentukan oleh Allah . Amalkan selawat seratus (100) kali sehari , inshaaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita .

🌹 Setiap penyakit ada penawarnya .
Bacalah selawat tujuh (7) kali pada air dan minum . InshaaAllah perut yang sakit atay memulas akan sembuh .

🌹Sesiapa yang mengamalkan bacaan selawat tiga (3) kali setiap selepas solat lima (5) waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah .

🌹 Amalkan membaca selawat sebanyak seribu (1000) kali sehari , inshaaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran . Disamping itu berusaha untuk menerokai pelbagai ilmu .

🌹 Sesiapa yang mengamalkan berselawat sebelas (11) kali setiap hari , dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain .

🌹 Menurut Sayyid Ahmad Dahlan , sesiapa yang berselawat walaupun sekali pada malam jumaat , saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi .

🌹 Sesiapa yang berselawat empat puluh satu (41) kali sehari , InshaaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki , dan sebagainya dalam dirinya .

🌹 Sesiapa yang amalkan berselawat seribu (1000 ) kali pada malam jumaat , InshaaAllah akan peroleh kebahagiaan sama ada didunia mahupun di akhirat .

🌹  Amalkan selawat sebelas (11) kali tiap kali selesai solat fardhu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain .

🌹 Berselawat tiga puluh tiga (33) kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan di samping beroleh ketenangan fikiran .

🌹 Sesiapa yang berselawat tak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya .

🌹 Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah , lebih lebih lagi pada saat kira menghadap kesukaran hidup .

🌹 Menurut Syibab Ahmad , sesiapa berselawat tiga (3) kali setiap selesai solat Subuh , Maghrib & Isyak , Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana .

🌹 Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak seribu (1000) kali setiap hari , Allah akan memelihara nya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah .

Banyak sebenarnya kelebihan dalam kita berselawat . Setiap selawat dapat pahala dan kelebihan yang baik untuk hidup kita .

Jom kita amalkan selawat sebanyak yang mungkin , semoga istiQamah 😊


|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||





Post a Comment

1 Comments

  1. nice sharing.. semoga sama2 kita berjaya jadikan amalan menlazimkan selawat =)

    ReplyDelete