Pengalaman Temuduga Guru KAFA (JAIS)

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for jais

Pengalaman temuduga nie dah lama berlalu , dalam bulan empat (4) rasanya wani pergi temuduga jais nie . Saja nak throwback balik , hehe .

Dua (2) minggu sebelum pergi temuduga nie , ada dapat surat temuduga . Dalam masa dua (2) minggu tu la study silibus dari darjah satu (1) sampai darjah (6) , baca semua buku subjek kecuali alQuran dan hafazan . Tajwid baca bagi faham , hafal huruf , hukum semua la . Btw , dekat ujian tajwid nie markah lebih . 

Interview nie ada dua sesi , ujian bertulis dan ujian lisan .

11hb April 2017
Tarikh wani pergi temuduga . Rasa tu dup dap dup dap je , nervous pun ada . Yang paling merisaukan masa datang nie boleh pula terlupa bawa dokumen dan sijil , aduhh ! 😂😂  penyakit lupa menyerang dah . 

Alhamdulillah , masa nie bawa adik . Masa tengah periksa bertulis tu wasap dia suruh balik rumah bawa segala dokumen dan sijil . Dia balik rumah , alhamdulillah sebelum exam habis dia sampai dah .

Masa periksa nie ada subjek bahasa arab , feQah , tauhid dan jawi .
Untuk bahasa arab , minta bina ayat dan perkataan kan nombor .
untuk feQah , minta pengertian dan hukum
Untuk tauhid , makna sifat wajid dan dalil
Untuk jawi , jawi kan perkataan .

Alhamdulillah , semua boleh jawab walaupun ambik masa yang lama untuk berfikir , itu normal kan , haha 😄

Tunggu giliran ujian berlisan

Dah habis ujian bertulis , ujian lisan pula . Masa ujian berlisan nie tak pakai nombor giliran , diaorang buat ikut meja masa ujian bertulis tu . Disebabkan wani nak balik awal sebab nak ambik budak tadika balik , wani masuk pejabat dan tunggu tepi pintu penemuduga tu . Bila calon temuduga yang lain dah keluar , dalam seminit macam tu wani ketuk dan masuk .

Penemuduga akan minta perkenalkan diri . Kemudian , dia bagi surah al fatihah , baca dan bagitahu hukum dalam surah al fatihah . Dah selesai surah al fatihah , dia bagi petikan ayat Quran . 

Wani dapat surah al-baqarah , ayat 1 - 10 . Penemuduga minta baca dan dia akan bacakan soalan , kita kena jawab . Ada juga penemuduga tanya soalan luar daripada petikan ayat Quran , tapi masih bab tajwid .
Contoh soalan , berapakah huruf izhar halQi dan apakah hurufnya ?
Tapi soalan hukum perkataan bergaris takkan lari , penemuduga akan tanya 😊

Selesai temuduga nie , macam biasalah penemuduga akan kata , tunggu dalam masa enam (6) bulan akan dapat jawapan . Dia tak bagitahu terus dapat atau boleh cuba tahun hadapan .

Alhamdulillah , selesai temuduga , baru boleh tarik nafas lega dan balik 😎 Tapi masa balik tu terfikir juga , terasa diri kurangnya ilmu agama , ermmm . Ada rezeki , inshaaAllah .

Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesalahan pada post ini .

Bittaufiq wannajah kepada yang dapat temuduga sesi kedua tahun nie :)



|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||



Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga berjaya seterusnya. Amin

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Syazwani. Salam perkenalan :) Nak tanya, keputusan temuduga ni dah keluar belum ye? Sebenarnya, saya pun ada datang temuduga di sini pd tarikh yg sama :) Semoga kita ama-sama berjaya ye, Amiin :)

    ReplyDelete
  3. Masa ujian lisan takde tarannum atau berzanji ke Kak?

    ReplyDelete
  4. Dalam menjawab soalan toe pakai jawi iya semua..x guna melayu.mcm jwb soalan spm.😂😂

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, maaf bertanya. temu duga guru kafa jais ni dah dapat jawapan ke? macam mana kita nak tau kita diterima atau tak? mereka akan email/ws/call kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam tempoh masa 3-6 bulan , Kita tak dapat apa apa email atau surat . Itu dikira kita tak berjaya .

      Delete