|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah , Allah beri untuk bernafas merasai tahun baru 2017 . Selamat tahun baru diucapkan kepada pembaca blog ini , rakan-ii dan yang mengenali diri ini .
Selamat tinggal 2016 , banyak kenangan manis dan pahitnya . Kenangan yang manis , inshaaAllah akan diingati dan dikenang . Kenangan yang pahit , wani akan jadikan pengajaran , dan kesedihan yang dirasai akan dipadam pelan-ii .
Dalam 2016 , terasa banyak pahit daripada manis
. Semoga tahun nie banyak manis daripada pahit dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik (:
Setiap kali tiba tahun baru mesti memasing ada azam dan semangat tersendirinya . Wani doakan azam korang akan tercapai dengan baik dan mudah dilakukan .
Tahun 2017 . Umur pun meningkat dah , 23 tahun
InshaaAllah , kerja tempat yang sama , rumah yang sama , bekerja dengan orang yang sama , hadap mulut yang sama , haha . Banyakkan saving daripada boros seperti tahun lepas walaupn dah capai target . Cumanya tahun nie nak target lebih sikit , inshaaAllah , ada perancangan yang lebih baik , semoga Allah permudahkan . Dan tingkatkan amal ibadah untuk bekalan ke akhirat serta melahirkan wani yang pandai masak
.
Semoga tahun tahun sebelum nie ada pengajaran dan tahun ini akan jadi lebih baik daripada tahun lepas . Oh ! tahun lepas (2016) , ramai kawan wani kahwin dan melahirkan anak . Alhamdulillah , tahniah . Semoga menjadi isteri & ibu yang mithali buat anak dan suami
.
Sekian untuk pembukaan lembaran baru tahun 2017 . Semoga semua dalam lindungan Allah . Ada peluang ruang dan masa , inshaaAllah akan menulis lagi post akan datang . Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesalahan pada post ini .
|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'
||
1 Comments
selamat tahun baru sis... semoga tahun baru ini penuh dgn kecermerlangan hidup :)
ReplyDelete