Kursus Tadika .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , baru berkesempatan nak update blog nie . Niat nak update tu dari bulan 11 lagi . sekarang dah masuk bulan 12 tertangguh . Nie bukan sikap yang baik yee , hehe .

Bulan 11 bebaru nie , wani dan seorang kakak , kawan sekerja (Kak Fiza) telah dihantar oleh pengusaha untuk mengikuti kursus pendidikan awal kanak-ii . Tempat kursus tersebut di Genting Highland . Kursus nie mengabungkan jabatan Kemas , Perwani , Swasta , Prasekolah , Perpaduan , dan PERMATA .

 Hari Pertama ( 18hb November 2016 )



Kami kene berkumpul dekat kawasan bundle , kawasan tu macam stesen bas jugak laa . Wani ingatkan empat (4) orang je sebab pengusaha kata empat (4) je akan tunggu bersama nanti . Rupanyaa , huuu ramai , dari serendah pun ada . Dekat sini terjumpa kawan sek rendah dan menengah , mereka kerja bawah tadika yang sama . Lama juga la tunggu bas sebab dalam tentatif program pukul 2 lebih sampai tapi bas sampai 3.30 petang , rupanya ada masalah pada bas .

Tengah tunggu bas



Lepas bas sampai kami pun bertolak ke Genting Highland . Dalam pukul 4.15 atau 4.30 petang baru sampai tempat kursus . Turun bas , check nama dan tadika kemudian ambik tshirt yang dikhaskan dan last check point untuk ambil no kunci bilik memasing . Ingatkan bilik kongsi , macam asrama rupanya bilik sorang satu  hanya share tandas dan bilik air je dengan jiran bilik . Seronok kan bilik sorang satu ? Hehehe . Al kisah , no bilik wani belakang , hujung blok tapi ada kawan bagi kunci bilik dia sebab dia takut tidur seorang , jadi dia share bilik dengan kawan dia . Bilik kami bersebelahan saja .




Dalam bilik tu tersedia katil , selimut , bantal , singki , televisyen , sejadah , penyidai tuala dan papan seterika . Jadi jangan risau sekiranya anda ada kursus disini memang ada tempat untuk seterika baju-ii anda . Lepas kemas beg apa semua , kami pun turun untuk hidangan makanan petang di dewan makan yang disediakan 


Lepas makan , ada ucapan sikit dari urusetia program , untuk program hari tu dan menyebutkan beberapa perkara . Selepas habis ucapan urusetia , mereka pun mengadakan aktiviti riadah . Dalam imaginasi , riadah dekat padang , rupanya dalam dewan makan tu ja . Lepas riadah , kami pun ke bilik untuk solat dan bersiap diri untuk aktiviti malam . 

Aktiviti malam perasmian program Early Childhood Education Conference dari Timbalan Menteri Pendidikan , P.Kamalanathan . Aktiviti diadakan di bangunan pentadbiran , dari aktiviti tersebut dapat tahu  kumpulan mana , siapa ahli kumpulan dan sebagainya . Wani berpisah dengan kak fiza , dia kumpulan lain . Selepas pengucapan perasmian , ada perbentangan dan ucapan dari PERMATA dan Ketua Prasekolah . 

Habis perasmian dan ucapan , kami pun menjamah makan malam , supper dan pulang ke bilik . Oh yaa ! dari bilik nak ke dewan auditorium tu ada tangga yang terlalu panjang . Dengar cerita ada 114 tangga . Bila terfikir kesian makcik-ii yang tua terpaksa naik dan turun tangga tu , dahlah malam ada 2 lampu je dekat tangga tu . Bagi wani tak patut betul .

Gambar tangga waktu siang , atas tu pun ada lagi tangga

 Hari Kedua (19hb November 2016)

Pagi subuh , berjemaah dekat surau dan lepas subuh ada tazkirah . Sampai pukul 7 nak ke 8 pagi cam tu . Lepas habis tazkirah , kami balik ke bilik bersiap diri untuk sarapan dan aktiviti pada hari tersebut . Aktiviti dekat bangunan pentadbiran , kena naik tangga yang sama . 

Huu , memang lenguh kaki dibuatnya nasib kursus dua (2) hari satu (1) malam ja . Yang ada kereta , senang boleh naik kereta ja tak yah berlenguh kaki . Siapa bakal ada kursus disini wani nasihatkan kalau ada kereta , bawalah kereta .

Aktiviti pada hari tu perbincangan dalam kumpulan LDK . Berbincangan mengenai kanak kanak . Dari segi enam (6) tunjang , moto halus dan kasar dan sebagainya . Setelah berbincang , kena gabung dengan satu kumpulan lain dan melalukan sketsa untuk dipersembahkan dalam auditorium nanti . 



Hasil perbincangan dan sketsa habis pukul 1.30 tengahari . Turun tangga dan ke dewan makan untuk makanan tengahari . Habis makan , ke bilik solat zohor dan perkemaskan beg untuk pulang .

Dalam pukul 3.00 petang gerak ke auditorium untuk persembahan sketsa dan majlis penutupan program Early Childhood Education Conference .


 Persembahan dari kumpulan-ii 


Habis ke persembahan kumpulan . Tibalah majlis penutupan dari isteri Timbalan Menteri Pendidikan dan Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat .

Pengucapan dari isteri Timbalan Menteri Pendidikan

Ucapan penutupan dari Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat


Habis pengucapan , diadakan aktiviti penyampaian hamper dan sesi bergambar beramai-ii . Habis semua aktiviti dalam auditorium , kami pun bergerak keluar dari auditorium . Masa turun tangga tu dah nampak bas sedang menunggu . Kami terus ke bilik , serahkan kunci dan naik bas untuk pulangg image .

Sekian , aktiviti pada kursus tersebut . Mohon maaf atas salah dan silap . Baik itu datang dari Allah , buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri . InshaaAllah , ada masa terluang akan menaip lagi , maaf atas kekurangan post kali ini (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



Post a Comment

1 Comments