Sabar

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Sabar .

Bila cakap bab sabar , banyak perkara dalam dunia nie kita kena bersabar , dari bangun tidur sampai kita tidur semula . Dalam liku-ii kehidupan dan berjumpa dengan banyak ragam serta ujian yang Allah timpakan kepada hambaNya yang mampu .

Sifat sabar nie sebenarnya tak ada limit , tak ada had pun tetapi manusia yang melimitkan kesabaran itu . Sedangkan tiada firman atau hadis yang mengatakan sabar itu ada limit , ada hadnya . Allah sentiasa buka peluang kepada hamba-iiNya . Seandainya sabar ini ada limit , bila ada sesuatu yang menimpa , adakah kita akan sentiasa marah dan memberontak sedangkan sifat-ii itu tidak disukai Allah .

Sifat sabar ini wajib ada dalam diri semua manusia , bila kita banyak bersabar lagi banyak ganjaran atau keindahan yang akan Allah berikan tanpa kita sedar .

Dalam AlQuran , 
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan perkukuhkanlah kesabaran kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 200)

Allah dah berjanji , bila kita bersifat sabar , kala itu Allah akan sentiasa bersama hamba-iiNya yang bersabar . Banyak perkara kita perlu bersabar , bukan sahaja musibah tetapi dalam persahabatan , dalam umpatan orang , dan macam macam . Bila kita lapar pun kita perlu bersabar . Siapa kita mahu melawan kehendak Allah ? Kita nie hanya hamba Allah yang lemah lagi hina .

Dengan sifat sabar yang Allah kurniakan ini sebenarnya mendatangkan banyak manfaat untuk kita . Dalam kesabaran , kita akan tenang beribadah denganNya . Bila kita tidak bersabar , banyak menrungut , mengeluh , dan marah , kita ketika itu sedang bersama syaitan yang berusaha untuk menghasut kita serta gelakkan kita kerana terikut dengan sifat-ii mereka . Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang berputus asa .

Qs. Yusuf : 12
….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

Adakah kita ingin syaitan bersama kita ?? Mestilah tidakkan . Jadi kita perlu bersabar , kerana apabila kita bersabar Allah itu sentiasa ada (:

Bila kita dalam kesusahan atau kesulitan , banyakkan bersabar serta memohon pertolongan Allah dengan cara berdoa serta bersembahyang . Ingatlah bila Allah berikan kita kesusahan dan kita merintih , sebenarnya Allah rindu doa rintihan kita meminta pertolongan dari Nya . Allah tidak akan timpakan sesuatu perkara kepada hambaNya yang tidak mampu . 

Sentiasa kuat dan sabar dalam menempuh kehidupan yang akan datang . Ingatlah Allah sentiasa bersama kita (:

Mungkin sampai sini sahaja , sekiranya ada kata-ii yang menyinggung perasaan , saya memohon maaf . Sekiranya ada kesilapan boleh diperbetulkan . Kebaikkan itu datang dari Allah dan keburukan itu datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada diri ini . Semoga esok lebih baik daripada hari ini .

_ Assalamualaikum w.b.t _


Salam Ikhlas ,
SyazwaniZunidan .
21 Mei 2016 (9.55 PM)

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



Post a Comment

0 Comments