Nak Gaji Sentiasa Cukup ??

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Bila dah terima gaji , bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit ?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif :


 . Bila hari terima gaji , jangan dilupa ibu dan ayah .
Perkara pertama buat transfer untuk mereka dahulu . Banyak atau sedikit , itu tidak penting . Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan , tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah . Percayalah , duit gaji kita akan cukup .


 . Jangan dilupa "Tabung Haji" .
Memotong melalui potongan gaji lebih baik . Anda tahu , bila kita sudah mendaftar haji , ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada .

 . Sebagai seorang ayah .
Bila menjadi seorang ayah , hal anak anak adalah urusan yang penting . Ingat kembali urusan anak . Aqiqahkan mereka dahulu , sebelum anda membeli TV LED baru , sebelum menukar sport rim baru .



 . Sebagai seorang isteri .
Bagi isteri yang bekerja , bantulah suami . Tidak salah jika isteri berkata
" Duit I , Duit I, Duit suami, Duit I! "
Tapi, redha itu lebih penting . Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri .


 . Sebagai isteri yang tidak bekerja
Redha dengan apa yang ada . Jangan merungut ! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarganya .


 . Sebagai saudara mara .
Lihat ahli keluarga yang terdekat , siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau nak bantu orang susah , anak yatim ? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat . Kerana sabit dlm hadis Rasul saw
" .Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros ! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah . Sekali sekala , apa salahnya belanja kawan - kawan & saudara-mara "


* Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW , nabi yang kita rindui .
اللهم صل على محمد و على ال محمد


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih... perkongsian yang baik... tips yg sangat berguna...

    ReplyDelete
  2. jangan lupa zakat. insyaALLAH duit rasa cukup

    ReplyDelete