IBLIS Dilaknat Disebabkan Keingkarannya .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


" Dan janganlah syaitan menghalang kamu ( daripada menurut jalan yang benar ) ; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu " | Surah Az Zukhruf : 62 |

Pada suatu ketika , sebelum tercipta Bani Adam di muka bumi ini , terdapat sejenis makhluk yang suka hidup dalam keadaan bergaduh dan membuat kekacauan di muka bumi Allah .

Makhluk itu adalah jin dan syaitan yang sekarang ini satu golongan yang dilaknat Allah hinggalah ke hari kiamat . Kemudian , Allah S.W.T  telah mengangkat sejenis bangsa jin yang bernama Azazil untuk hidup bersama sama malaikat yang kuat beribadat kepada Allah S.W.T .

Daripada makhluk yang suka bergaduh sesama sendiri , Azazil berubah menjadi makhluk Allah yang paling kuat beribadat dan terkenal di kalangan para malaikat di langit . Azazil menjadi makhluk yang disayangi Allah kerana ketaatannya . Malah Azazil juga menjadi ketua kepada semua malaikat . Hal ini berkekalan sehingga satu ketika apabila Allah mencipta sejenis makhluk yang bernama manusia . 

Pada peringkat awal penciptaan Nabi Adam A.S semua malaikat mempersoalkan rasional penciptaan ini . Walau bagaimanapun akhirnya semua malaikat tunduk di bawah kekuasaan Allah lalu sujud kepada Nabi Adam A.S kecuali Azazil seorang .

Bermula dari detik itu , Azazil yang sekarang ini dikenali sebagai Iblis Laknatullah telah dibuang ke bumi . Lihatlah disebabkan keingkaran iblis dengan perintah Allah , lalu dalam sekelip mata darjatnya jatuh sera merta dan tiada lagi gelaran kehebatan diberikan kepada Iblis . Malah , menjadi musuh orang beriman dan musuh Allah hinggalah hari kiamat .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



Post a Comment

1 Comments