Hukum Basuh Baju Guna Mesin Basuh .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , pada saat ini baru berkesempatan  untuk tulis entry , selalu hanya join segmen atau giveaway sahaja .

Baiklah , hari nie wani nak share dengan membaca blog wani mengenai hukum basuh baju menggunakan mesin basuh . Artikel yang akan wani taip ini daripada whatsapp group .



Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian .

Dalam bab thoharah , iaitu hukum membasuh baju menggunakan mesin basuh . Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul .

Baju yang bercampur dengan pakaian dalam , atau pakaian yang terpercik najis Hukmi ( Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis ) perlulah diulangi basuhan itu dengan BILAS dengan air lalu di akhir basuhan .

Ini kerana , air yang kurang daripada dua (2) kolah berada didalam mesin basuh menjadi AIR MUTANNAJIS dan dibawa solat . Maka hukumnya TIDAK SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis .

Langkah-Langkahnya :-
 . Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian  yang bernajis .
Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh , lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah .

 . Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar mesin basuh ataupun menggunakan paip didalam mesin basuh .

 . Jika ingin membilas didalam mesin basuh , bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG didalam mesin basuh .

 . Membilas pakaian yang ingin dibawa solat tidak perlu lama lama dan menggunakan air yang banyak cukup sekadar meratakan .

 . Spin , selesai . Jemur dan boleh dibawa solat .

Hukum ini adalah hukum Muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta , maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah .

Sebelum mesin basuh dicipta , umat manusia membasuh baju di sungai atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip , maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam .


|| Nota Hati ||: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh berkongsi kepada orang lain . Segala yang baik datangnya dari Allah , dan yang buruk datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada wani . Harap bermanfaat untuk semua .

Di rumah wani pun pakai mesin basuh jugak . Mungkin betul pengisian diatas . Yela , kita hanya tahu masukkan semua baju dalam mesin basuh , tidak asingkan mana yang terkena najis dan sebagainya yang membuatkan pakaian tu tidak sah dibawa solat . Bila dah selesai basuh , jemur dan selesai . Rupanya , ada benda yang tidak habis lagi . Mungkin ada setengah orang yang melakukan pengasingan baju .

Daripada perkongsian diatas , boleh wani ubah cara pembasuhan baju selepas ini . Yang sebelum nie , kita khilaf . Semoga Allah ampuni segala kekhilafan itu .

Sekian sahaja perkongsian yang dapat wani kongsikan pada malam ini . Alhamdulillah , terima kasih kerana sudi membaca ^^

Assalamualaikum . Selamat malam .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||


Post a Comment

1 Comments