|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Lama tak berceloteh merapu meraban dalam blog , banyak join segmen dan giveaway je . Okeyy , hari nie nak berceloteh sikit . First time seumur hidup wani jumpa kuih melaka yang besar , tak adalah besar mana pun , tapi kalau gigit tu tak kena buah melaka nya . Bila gigit untuk kali kedua baru jumpa buah melakanya , buah melakanya pula besar , boleh sakit gigi kalau gigit dan rasa nyilu .
Kuih melaka nie memang favorite wani dari sekolah rendah dulu , sejak rasa dekat rumah nenek . Nenek rajin buat-ii kuih nie kalau cucu ramai balik . Tengok gambar mungkin nampak macam kecik tapi bila depan mata , haaa , besarrr . Orang niaga tu jual RM Seringgit - lima (5) . Entahlah , sebab wani baru hidup dekat dua (2) negeri je , selangor dengan perak , jadi wani rasa dekat Kuala Kangsar perak je ada . Mungkin di negeri lain pun ada jugak kan ?? Memang kenyang makan kuih melaka besar nie hanya tiga (3) biji sahaja .
Okeyyy . Itu saja cerita untuk puasa tahun nie , cadangnya hari selasa nie nak shopping baju raya dengan Mr. Gomok tapi tahu lagi menjadi ke tidakk . Selamat Berpuasa semua (:
|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'
||
0 Comments