Lirik Lagu : Tangis Sebatang Tamar ( DaQmie )

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya




|| Nota Cinta ||: Tangis Sebatang Tamar antara lain mengisahkan tentang sebatang tamar yang dijadikan Rasulullah sebagai mimbar sewaktu membaca khutbah di sebuah masjid telah menangis kesedihan .

Tangisan itu pada mulanya tidak disedari oleh para hadirin tetapi selepas lama diperhatikan maka barulah mereka sedar bahawa ia datangnya daripada batang tamar tersebut.

Batang tamar itu sedih apabila ia tidak digunakan lagi kerana seorang sahabat baginda telah menggantikannya dengan sebatang kayu yang baharu untuk kegunaan Rasulullah.

Bagi meredakan keadaan, Rasulullah telah menenangkan batang tamar itu dengan mengatakannya bahawa ia akan bersama junjungan besar itu di syurga kelak .

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Post a Comment

0 Comments