Jenis Persahabatan .

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI KE AKHIRAT



1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan seperti pernah bertemu di stesen kereta api , hotel , hospital , pejabat pos , ATM , dan lainnya .



2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah , misalnya teman sekampung , satu kelas , satu sekolah , satu asrama , dan sebagainya .



3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes , politik dan sebagainya .



4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.



5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya , misalnya sama-sama guru , doktor , arkitek dan sebagainya .



6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh , depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ? Allah ! Pijak semut pun tak mati . Talam dua muka . Seperti firman Allah SWT : 
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : 
"Allahumma Ya Allah . Selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan ."



7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin , tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla , saling menolong , menasihati , menutupi aib sahabatnya , memberi hadiah , bahkan diam-diam dipenghujung malam , ia doakan sahabatnya . Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala .



Dari 7 macam persahabatan di atas , 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7 . Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : 

"Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah . Aamiin .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Post a Comment

0 Comments