|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah , wani berkesempatan nak update blog dengan bercerita . Penglipur lara kah aku ?? Haha . Tidak lah . Wani sekarang tengah cuti midsem . Balik selangor , teringat kawan-kawan ( housemate ) Di Kuala Kangsar . Rindu kah ? Haha . Maybee .
Housemate wani sangat kelakar dengan teletah dioarang yang pelbagai ragam , ada yang menyendiri , ada yang huha huha , ada yang sentiada dengan headphone , ada yang layan korea , hahha . See ? Pelbagai ragam kan diaorang . Alhamdulillah , wani dikurniakan housemate yang baik , tidak kedekut , tidak berkira , saling tolong menolong , alhamdulillah .
Housemate wani , ada 10 orang sepatutnya , tapi seorang dah pindah rumah sewa lain , jadinya kami hanya tinggal 9 orang . Housemate wani kebanyakkannya Kedah dan Perak . Wani sorang je orang Selangor
. Yang sembilan(9) orang tu dua(2) daripadanya ambik degree . Dalam rumah tu ada tiga(3) orang junior , semester bawa kami , dua(2) sem tiga(3) dan lagi sorang sem satu(1) .
![]() |
AtiQah AfiQah , Hidayatun , Adila Sazwanie |
Gambar dekat atas tu , haa ! Tu la gambar adik junior rumah sewa wani . Mereka bertiga , yang pakai niQab dua(2) orang tu sorang ambik jurusan Kaunseling Islam dan sorang lagi ambik Kewangan islam , dan yang tengah tu ambik jurusan Bahasa Arab Pendidikan .
Dan kami yang senior , tiga(3) orang dalam rumah tu ambik jurusan Kaunseling Islam , iaitu NJ , Fida , dan Kak Khaulah . Seorang ambik jurusan Pengajian Islam , siapakah ? Haa , syazwani dan lagi dua(2) orang ambik degree jurusan Pengajian Islam iaitu Maizatul dan Ika Zainal . Haa , cukup tak sembilan(9) orang ? Cukup ! . Atas tu detail kami satu rumah .
Sekarang wani nak cerita dalam ragam memasak . Dalam rumah tu , ada beberapa orang yang rajin masak . Haa , wani kah ? Haha . Bukan , wani suka mengemas je , memasak untuk diri sendiri adalah tapi jarang
. Yang wani maksudkan disini yang rajin masak untuk satu rumah . Haa , nama dia maizatul karmila *sedapnamakau* , dia nie budak degree . Bukan dia saja , adalah beberapa orang lagi seperti AtiQah AfiQah , wani panggil dia tiQa fiQa , hee . Yang lain pun rajin masak juga , tapi kebanyakkannya masak untuk diri sendiri . Rumah wani tak ada rice cooker , jadi yang rajin masak nasi atas api adalah WahidaNabila ( NJ ) . Marah dia kalau tahu wani tulis nama WahidaNabila nie , hehe . Semua orang akan panggil NJ . Nah ! Aiskrim untuk hang
. Yang rajin buat air dalam rumah tu , hidayatun . Dia suka sangat buat tea o ais
. Yang suka masak maggi dalam rumah tu , kak khaulah dengan atiQah afiQah , dan wani akan minta tolong tiQa fiQa masakkan wani punya sekali . Malas kan ? Hahahaha .
Dan dalam rumah tu jugak ada bonda , umi , ibu , dan mama . Macam mana tercetusnya panggilan-ii macam tu tak tahu lah . Macam kelakar pun ada . Seingat wani masa diaorang create nama-ii macam tu memang bising satu rumah . Bukan nak kata apa , tapi semester nie lah rumah sewa wani tu macam bising-ii , boleh dikatakan majoriti semua sekepala . Kalau semester dulu macam senyap senyap sikit . Nak keluar gi makan malam pun hanya dua(2) , tiga(3) orang je . Tapi semester nie , kalau keluar makan malam , haaa , macam kena tambah meja lagi satu . Boleh dikatakan semua akan keluar sekali . Ini ragam satu kepala .
Dalam rumah wani tu , ada tiga(3) orang business woman . Business apakah yang mereka buat . Haa ! Meh wani promote kan . Seorang buat business topup , seorang lagi buat business jual niqab , handsock , shawl , jubah dan seangkatan dengannya dan sorang lagi tak tahu dia buat business apa ? Hee . Tapi dia memang ada business sendiri . Yang buat business niqab tu , kalau anda semua nak tahu dia jual apa lagi , bolehlah lawat Fanpage Facebook dia . Mardhatillah Collection . Barang meniaga dia dalam rumah tu ada satu kotak , dan kekadang adalah beberapa orang housemate wani akan teman dia gi pejabat pos untuk pos barang kepada customer . Yang buat business topup tu , dia baru mula melakukan business topup nie , jadi memang housemate wani dan kawan-ii rapat dia jela yang tahu .
Tak kurangnya juga cerita korea ada bersarang didalam rumah sewa wani tu . Haa , cerita korea ada , running man pun ada juga . Adalah beberapa orang akan layan korea termasuklah wani . Wani akan tengok kalau orang bukak dan tak ada cerita lagi selain korea . Kalau ada cerita lain yang best , tengok cerita yang best tu la . Haa , ada rumah tu running man pun ada jugak . Mereka nie tengok runningman sebab kelakar , tergelak gelak tengok nya . Tapi takpe jela . Tak adalah sampai terikut ikut orang korea . Tengok hanya sekadar suka suka .
Kalau bab keluar ke kedai , haa . Sesiapa pun boleh . Tapi kebanyakkannya tiQa fiQa dan eton akan ke kedai , kekadang naik kereta wani , dan kekadang naik motor salah seorang daripada mereka . Tak susah pun , hulurkan duit dan diaorang akan tolong belikan tapi tidaklah sampai buli mereka . Kalau kebetulan mereka nak ke kedai barulah boleh kirim-ii bagai . Bak kata seseorang , no money no talk , hahaha . Haa , kirim je tak boleh kenalah hulur duit .
Rasanya cukup sampai sini jela yang wani cerita walaupun banyak lagi sebenarnya ragam-ii mereka tak kurangnya wani jugak . Semoga Ukhwah itu akan terjalin selamanya . InshaaAllah .
** gambar kami serumah belum ada lagi , tapi akan dibuat suatu hari nanti . Mungkin .
" Taman yang disirami kasih sayang menyuburkan keimanan mengharapkan keredhaan Tuhan menjalin ukhwah menyemai cinta dan kasih ilahi agar tersemai islam dihati "
|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'
||
1 Comments
best nye housemate kak wani ^^ sekepale jew smua ~
ReplyDelete