Mengubat Jiwa Kosong .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Setiap penyakit , pasti ada ubatnya kecuali mati . Sebegitu juga dengan jiwa . Apa-apa yang berkaitan dengan jiwa , mestilah mencari penawarnya dengan secepat yang mungkin kerana memulihkan jiwa mengambil masa yang agak lama .

Jiwa kosong ? Apa itu ? Sama ke dengan hati kosong ? Jawapannya , Ya ! Sama saja hati dan jiwa itu . Jiwa atau hati kosong bermaksud kemurungan .

Kenapa jiwa kosong ? Satu punca utama ialah tidak membaca Al-Quran dan mengamalkan perintah Allah dengan ikhlas .

Bagaimana kita nak mengubati jiwa kita yang telah kosong itu ? InshaaAllah , ada tujuh (7) cara untuk mengubatikan berdasarkan firman Allah .

 . Sentiasa beringat bahawa kita dilahirkan mulia .
Firman Allah :
" Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan . "
( Surah Al-Israa' : 70 )

 . Sentiasa beringat bahawa kita hidup bermasyarakat .
Firman Allah :
" (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal salih. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya) . "
( Surah Asy-Syura : 23 )

 . Sentiasa beringat bahawa amalan baik dibalas baik .
" Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar . "
( Surah at-Taubah : 100 )

 . Sentiasa beringat bahawa kita disediakan dengan iman .
Firman Allah :
" Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima islam ; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya , nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit seolah-olah dia sedang mendaik naik ke langit . Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman . "
( Surah al-An'am : 125 )


 . Sentiasa beringat bahawa kita perlu sentiasa menolak kejahatan .
Firman Allah :
" Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat . "
( Surah ar-Rad : 22 )

 . Sentiasa beringat bahawa tidak leka daripada berdoa .
Firman Allah :
" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul . "
( Surah al-Baqarah : 186 )

 . Sentiasa beringat bahawa berjemaah di masjid .
Firman Allah :
" Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk . "
( Surah at-Taubah : 18 )


|| Nota Pintu ||Alhamdulillah , ilmu ini wani rujuk dari buku Gen-Q . Semoga apa yang baik itu ambiklah untuk kebaikkan diri kita . Segala yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datang dari Allah tetapi disandarkan kepada diri wani .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Post a Comment

0 Comments