Kisah Si Perempuan Biasa dan Si Lelaki Pelajar Pondok .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Alhamdulillah , masih bernafas hari ini dan masih melihat bumi Allah yang indah dan luas ciptaanNya , masih ada yang menyayangi diri ini , memberi pengajaran dan teguran yang amat bernilai dalam diri ini .

Hari ini wani bawak laptop gi kedai , ada masa luang ini , wani luangkan bersama dengan blog . Opss ! Jangan salah faham , wani dah settlekan semua kerja dalam kedai ini seperti mengelap , menyapu dan mop , alhamdulillah , siap . Tiba-ii hati terdetik nak share dengan pembaca tentang satu kisah . Kisah benar , berlaku di alam realiti . Kisah tentang seorang perempuan biasa dengan seorang lelaki pengajian pondok .

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta . Sebab jatuh cinta indah , tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok , sakit . Cinta banyak perkara cinta . Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai . Kemuncak cinta , ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta . Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta ?
Cinta , rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat . Hati yang merasainya , sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya . Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah .


Mereka berkenalan di sebuah kedai . Perempuan itu adalah perkerja di kedai itu manakala si lelaki adalah adik kepada tuan kedai . Satu pertemuan yang tak dijangka boleh mewujudkan satu perasaan dalam diri perempuan tu . Satu perasaan yang tidak terkata . Tetapi tidak bagi si lelaki itu , si lelaki hanya ingin berkenalan dan mengacau si perempuan tu . Lelaki itu mengambil nombor perempuan itu atas niat ingin mengucapkan terima kasih . Dari situ kita nampak siapa yang ikhlas dan siapa yang mempermainkan .

Salah tindakkan perempuan itu kerana melayani lelaki yang baru saja ia berkenali dan telah meluahkan apa yang dia rasa kepada si lelaki itu sedangkan lelaki itu tidak mempunyai apa-ii perasaan pun terhadap perempuan tu . Bila si perempuan itu sudah meluahkan perasaan , lelaki itu pulak meminta undur diri . Seperti , " jangan berharap dekat saya " . Patut kah begitu ? Mungkin patut atas asbab si lelaki pelajar pondok , mengaji kitab dan menghafaz al-Quran . Perempuan itu telah mencipta satu lubang yang cantik , bermaksud ikhlas untuk berkenalan dengan si lelaki itu bukan untuk dipermainkan seperti niat si lelaki itu . Mungkin lelaki tu tidak meletakkan harapan apa-ii kerana niatnya pun dah tahu , apatah lagi nak letak harapan , cuma si perempuan saja yang berharap dekat lelaki itu .

Siapa tak nak lelaki yang berkopiah , pelajar pondok atau tahfiz , al-Quran sentiasa di tangan , mungkin juga ada di ingatan dan hati , dan pembimbing dan iman yang baik pada isteri dan anak-ii . Ilmu agama ada dalam dirinya . Seorang perempuan yang memperolehi jodoh sorang lelaki tahfiz atau pondok , memudahkan perjalanannya ke syurga .

Tapi sayang , si lelaki seperti tidak menginginkan perempuan itu kerana ciri-ii isteri idaman si lelaki tidak ada dalam diri perempuan itu . Perempuan itu hanyalah perempuan biasa , bukan perempuan yang warak ataupun alim . Tetapi si lelaki inginkan perempuan yang bertutup litup ( berpurdah ) , pandai mengaji kitab dan kelihatan sempurna agamanya di mata lelaki itu .

Saat perempuan itu meluahkan apa yang dia rasa , rasa yang lama dia tidak rasa , seperti rasa yang tak terkata , dan perasaan berat untuk melepaskan si lelaki . Si lelaki itu mengatakan itu adalah perasaan syaitan , perasaan syaitan dalam diri perempuan itu . Si perempuan biasa ini merasakan dia adalah syaitan , dan si lelaki seolah-ii seperti malaikat . Malaikat yang suci menepis segala godaan syaitan , dan syaitan itu kalah . Yaa ! Seperti perempuan itu , ia terdiam , dan mengiyakan apa yang dinyatakan si lelaki itu , si perempuan tidaklah sepandai si lelaki , jadi si perempuan hanya mampu mendiamkan diri dan menanti apa yang terjadi di masa hadapannya . Malu perempuan itu hanya Allah yang Tahu , perasaan si perempuan ketika itu hanya Allah yang tahu .

Dalam hidup perempuan itu , tidak pernah berkeinginan atau berharap dapat berkenalan atau bersuamikan lelaki lepasan pondok atau tahfiz . Kerana ia berfikiran , layakkah dia mempersuamikan lelaki lepasan tahfiz atau pondok . Tetapi apabila si perempuan dapat berkenalan dengan pelajar tahfiz atau pondok . Pendiriannya berubah , ia berfikir mungkin si lelaki itu dapat mengubah hidupnya , tapi malangnya , lelaki itu mempunyai niat lain , bukan niat sepertinya . Rasa tertipu bukan dengan lelaki pondok atau tahfiz nie ? Tapi itulah takdir dalam hidupnya . Pertama kali berkenalan dengan lelaki pengajian pondok atau tahfiz , pertama kali ia meluahkan perasaannya kepada lelaki dan pertama kali ia berfikir , adakah pelajar lelaki pengajian pondok atau tahfiz sebegini terhadap perempuan ?

Sejak itu , si perempuan merasakan dia syaitan kepada diri si lelaki itu , maka si perempuan , hanya menanti apa yang terjadi akan masa hadapannya . Ia cuba melupakan harapannya kepada si lelaki dan si perempuan tidak mengharapkan lagi lelaki pelajar pondok atau tahfiz , tapi jika itu adalah jodohnya , satu ganjaran buat dirinya . Cinta si perempuan bukanlah seperti cinta Rabiatul Adawiyah terhadap Allah , tetapi si perempuan tidak akan memikirkan cinta manusia lagi kerana ia yakin Allah akan hadirkan seseorang yang mampu membimbing dan menerimanya seadanya . Mungkin Allah hadirkan lelaki itu sebagai dugaan hati buatnya . Mungkin juga Allah hadirkan kematian sebelum bertemu jodoh .

Si perempuan pernah terfikir untuk ambik hati si lelaki itu , tapi hampa hatinya bila si lelaki kata perasaan perempuan tu daripada syaitan . Maka si perempuan hentikan niatnya dan melakukan macam biasa , macam seorang kawan dengan kawan . Sakit dan sedih yang datang itu memang fitrah kehidupan . Jangan pernah mengeluh walaupun ujian itu terlampau hebat untuk kita . Semaikan dalam hati ikhlas kita menerima dan meredhainya , pertemuan hari ini pasti akan bertaut lagi dengan izin Allah .

حُبُّكَ الشَّيْءَ يُعْمِي وَيُصِمُّ
Cintamu kepada sesuatu , menjadikanmu buta dan tuli

Si perempuan mendoakan yang terbaik untuk si lelaki itu . Kenangku dalam doamu . Si perempuan mendoakan si lelaki jumpa perempuan yang diinginkan , yang sempurna dimatanya , pengajiannya , kehidupannya di pondok , dan kesejahteraan hatinya . Siapalah perempuan itu untuk mendampingi lelaki soleh sepertinya . Dia hanyalah perempuan biasa , yang mencari lelaki yang ikhlas , menerima dirinya seadanya dan tidak mempermainkan perasaannya dan paling penting , ada niat untuk memperisterikannya , bukan untuk mengacau dan dimainkan . Wallahualam .

“ Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya . Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas . Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat. ”

|| Nota Pintu ||
Dah habis baca ? Menarik tak cerita itu ? Bukan kisah menarik atau tak . Tapi itulah kisah benar yang berlaku pada seorang perempuan itu . Wani coretkan dalam blog ini untuk pengajaran bagi perempuan , dan juga lelaki , sama ada pengajian pondok atau tidak . Kita tak tahu hati manusia , lain-ii . Alim , warak bagaimana pun dia , berpakaian tutup litup pun dia , janganlah mudah untuk memberi harapan yang tak pasti akan terbalas . Jika mulut berkata , dalam hati mungkin sebaliknya . Lagipun cerita cinta tidak dibalas ini adalah cinta remaja 20-an .


Cinta itu fitrah , jika ia hadir , kawallah ia dengan doa dan memohon kepada Allah . Jika tidak pandai mengawalkan , memang itu adalah dari syaitan . Maafkan salah silap atas penulisan wani di atas . Segala yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datang dari Allah tetapi disandarkan kepada diri wani .

Tanya pada diri kamu
" Untuk apakah masa mudamu ?? "

Siap-ii kanlah dirimu untuk bakal jodohmu , jika bukan jodoh dengan manusia , mungkin jodoh dengan kematian .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Post a Comment

1 Comments