Makanan Rohani Di Bulan Ramadhan .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini :

1 . Tadarus Al-quran sejuzuk sehari paling kurang .
2 . Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam . 
3 . Solat witir minima 3 rakaat semalam .
4 . Beri makan org berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari .
5 . Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari .
6 . Tahajjud setiap malam . 
7 . Solat Sunat dhuha setiap pagi .
8 . Sedekah setiap hari . 
9 . Pastikan sahur setiap hari .
10 . Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit .
11 .Tadabbur ayat suci Al-quran . 
12 . Ziarah orang-orang yang kurang bernasib baik .
13 . Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan .
14 . Pilih makanan sunnah sebagai menu harian .
15 . Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik .
16 . Jauhkan aktiviti yang lagha .
17 . Zikir harian , banyakkan berdoa .
18 . Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari .
19 . Ajari diri dengan sifat rendah hati . 
20 . Mudah memohon maaf dan memberi maaf .
21 . Menjaga dan merapatkan silaturrahim . 
22 . Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna . 
23 . Menjaga lisan , pandangan , pendengaran & hati daripada perkara-perkara yang dilarang .
24 . Tidak berlebih-kehihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka .
25 . Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib .
26 . Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga . ( suami & anak2 lelaki )
27 . Lazimi untuk kawal dan tahan marah , didik diri untuk lebih bersabar .
28 . Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang mahupun susah .
29 . Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan . 
30 . Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan .
31 . Ikhlaskan hati kerana Allah . Hadirkan Allah didalam hati , berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita .
Ketika kita sedang membaca , mesti terdetik dalam hati korang yang perkara-ii di atas sangat boleh jugak di lakukan dalam bulan bulan yang lain cumanya , jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini , ganjaran pahala meningkat banyak . Allah itu Maha Pemurah (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Post a Comment

2 Comments

  1. salam ramadhan and great piece of sharing....

    ReplyDelete
  2. sya dapat rase betapa Ramadhan ini penuh rahmat. sebb klau bulan lain mmg trsangattttlllaaaa berat nak istiqomah dalam ibadah. tp bile ramadhan rase ringan je. hubungan kekeluargaan pun rase makin rapat bile tibe ramadhan. dan baru2 ni Dia sedarkn sya tntang beberape prkare. Allahu..

    syukran, jazakallahu khairan.

    ReplyDelete