Salam Jumaat : Adab Adab Menuntut Ilmu .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Daripada Abu Darda’ , bahawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda :-

Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu , Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya , dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air . Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham , yang mereka wariskan hanyalah ilmu , dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu . Maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak


(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)



Ilmu itu lebih baik daripada harta . Ilmu menjaga engkau , dan engkau menjaga harta . Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Post a Comment

1 Comments

  1. Bagaimana untuk elakkan mengantuk dalam menuntut ilmu? Sudah cuba bukak mata luas-luas gaya macam nak terkeluaq biji matanya tapi tetap rasa mengantuk jugak? hehe :) sekadar bertanya

    ReplyDelete