|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Pernah dengar nama Salman al-Farisi ??
Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari agama yang benar , agama Islam sebagaimana kisah beliau dalam mencari kebenaran dalam agama , kesungguhan dan ketabahan beliau , sehinggalah menemukan agama Islam sebagai agama benar begitu jugalah hebatnya kisah cinta Salman al-Farisi .
Inilah kisah cinta Salman al-Farisi .
Kisahnya begini , di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama . Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah . Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga . Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi penuh warna dan cinta .
Beliau menjemput sahabat karibnya , Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu .
“ Subhanallah , Alhamdulillah ”
terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’ , tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu . Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini .
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah .
“ Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi . Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam , dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya . Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w , hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya . Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya ” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut . Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah .
“ Menerima kalian berdua sebagai tetamu , sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami . Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama . Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya . Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya ” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab , di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati .
“ silakan tuan... ” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu , datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“ Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan ”
“ Kerana kalian tetamu terhormat kami , sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya . Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua . Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman . Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama , puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur ” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus .
Subhanallah , jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi . Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi , mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping , teman bicara . Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi ;
“Allahu Akbar , Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil "
“ Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’ , teman baik ku dunia akhirat . Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian ! ” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah , begitu kagum dan ta'ajubnya saya ketika membaca kisah cinta beliau . Reaksinya yang begitu bersahaja sudah menunjukkan yang beliau adalah pencinta sejati . Akur akan ketentuan Allah swt . Sejatinya bukan kerana beliau adalah sahabat Rasulullah , tetapi rahmat dan kasih sayang Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya untuk terus MEMBERI . Teringat saya akan satu ayat ni .
" MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada , tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki , tidak haloba dengan apa yang tiada "
Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya . Dan yg lebih mengejutkan lagi , sahabat baik nya yg pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah .
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi ? Mampukah kita memberi dan membenarkan segalanya dengan keikhlasan ?? Sudah pasti akan timbul sedikit rasa marah pada mulanya dan diikuti rasa terkilan . Tapi berbezanya dengan Salman al-Farisi . Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dengan penuh rasa syukur dan redha . Baginya , satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dengan MEMBERI .
Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah swt . Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yang tidak kita ketahui .
Sumber :

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'
||
4 Comments
subhanallah kagum benar dengan Salman al-Farisi . izin share ya ukhti ?
ReplyDeletekisah yang penuh makna..setiap kejadian itu ada hikmahnya
ReplyDeleteKeikhlasan yang tiada tolak banding. Allahu...
ReplyDeleteYa Allah kuatnya Salman. Tabahnya dia. Kalau Nad ni, sedih gila oh
ReplyDelete