Rabu , 16 / 10 / 2013
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Andainya lelaki tahu ,
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya. tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda .
Andai lelaki tahu ,
Perempuan bukan tidak mempercayai anda , kadang-ii dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada . Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u' , itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu , dia benar2 maksudkannya . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu . Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya .
Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan berkata " tolong tinggalkan saya! " , dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya , dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar dan melihat adakah kamu memerlukan dia lagi . Apabila dia kembali tenang , percayalah , dia akan mencari anda semula . Itu tandanya dia benar-ii menyintai anda .
Andainya lelaki tahu ,
Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia bukan didatangkan dari kelemahan saja tetapi juga kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Dialah yang bakal menjadi perempuan yang bekerjaya , isteri juga menjadi ibu yang terbaik untuk anak-ii anda . Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut andai kena caranya . Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat . Perempuan sukar untuk mengawal perasaan . Dia terlalu emosional . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda .
1 Comments
sangat setuju..nice sharing wani..
ReplyDelete