Isnin , 30 / 09 / 2013
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Apabila seorang
muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul
pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk
juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses
taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang
akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah
untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang
keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan
lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah
diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki
yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang
baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang
sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba
sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan
mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang
untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga.
Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji
ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk
melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan
kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah,
dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil,
apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah
kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula
miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya
rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang
berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba
yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin
memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah
hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga
kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan
penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda
kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya
kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa
kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman :
‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada
Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa
memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan
sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa.
Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap
kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa.
Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah
‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya
adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha
yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah.
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan
Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha
Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka
mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini
jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan
peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia
menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh
malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7
hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera)
dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud
(no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153) Mintalah tolong kepada Allah
dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus
bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
(Alam Nasyrah : 5 – 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita
jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita
harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan
itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam
Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika
kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu”. (Muhammad : 7)Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama
Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam
dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan
pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong
orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi
Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat
dekat ”. (Al Baqarah : 214)Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi
janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah
dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka
kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
2 Comments
janji allah itu pasti..
ReplyDeleteAssalamualaikum wani, tengok wani update terus singgah..:)
ReplyDeleteDah jumpa si soleh ke, hehe ..insyaAllah pasti semuanya akan diaturkan dengan baik olehNya..kan3..nice sharing...kak alyn ambil manfaat...