Terawih 1 Ramadhan

Rabu , 10 / 07 / 2013
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah , selesai terawih di masjid kolej tadi . Sembahyang 8 rakaat , sujud berlapikkan tudung , hehehe .

Dah agak , masjid dekat kolej mesti ramai , sebab budak sem 1 ramai sem nie tambahan pulak orang luar datang terawih di masjid . Woww ! memang ramai lah kan ?? Masuk halaman kolej je dah terkejut sebab ramai sangat orang . Tambahan pula ada budak-ii .

Wani sembahnyang dekat luar , koridor laluan lelaki , sujud atas lantai , tak nak sakit dahi , lapik dengan tudung *Tudungakujadimangsa :P , hehehe .

Pape pun bersyukur dapat solat terawih berjemaah yang sebilangannya mungkin lebih dari solat jumaat , kan ?? kan ??

Dah masuk bulan ramadhan , jadi wani ucapakn
" Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh barakoh ini (: " 
dan wani minta maaf kepada semua yang baca entri dalam blog wani , followers wani dan orang awam di luar sana , minta maaf salah silap , 10 jari ku susun memohon maaf (:


Wani nak share sesuatu , waallahualam shohih ke dhoif :

Doa Jibrail menjelang ramadhan :-
Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini . 
1. tidak minta maaf kepada kedua orang tua
2. tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya
3. tidak bermaafan dengan orang sekitarnya

maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3kali . oleh itu saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap yang telah dilakukan sebelum sebelum ini.
salam ramadhan..

Jom niat puasa sama-ii (: 
" Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari Bagi Menunaikan Fardhu Ramadhan Bagi Tahun Ini Kerana Allah Ta'ala "

||Selamat Berpuasa dan menjalani Solat Tarawih di Bulan Ramadhan ||


Post a Comment

2 Comments

  1. selamat bertarawih dik.....


    contest cik akak dah mula dik

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/07/contest-ramadhan-raya-by-cik-akak.html

    ReplyDelete
  2. subhanAllah..bersemangat semua pg terawih.. :) smpai solat kat lua...bestnya...

    ReplyDelete