Saidina Umar dan Seorang Ibu Miskin

Selasa , 07 / 05 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Wani nak ceritakan tentang kisah seorang ibu miskin yang hanya masak batu kerana anaknya lapar . Siapa ingat cerita nie ?? Cerita ini berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab menjadi pemimpin . Siapa yang tak tahu , mari baca al-kisah ini .

Pada suatu hari , Umar R.A dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat yang bernama Harrah . Tiba di suatu tempat , Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anaknya sedang menangis kelaparan .


Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit tidak puas hati kepada Umar R.A kerana tidak membantunya . Umar memberi salam *dalamkeadaanpenyamaran* lalu menyapa wanita tersebut . Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi anak-iinya makan . Hanya dengan merebus air dapat menenangkan anak-anaknya dari tangisan dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibu mereka . Sehinggalah anak-ii itu tertidur .

Umar menangis mendengar keluhan wanita itu . Setelah Umar membantu wanita tersebut , wanita tersebut mengatakan sepatutnya dialah yang layak menjadi khalifah . Sedangkan wanita tersebut tidak mengetahui bahawa yang menolongnya itu adalah Saidina Umar R.A .

Kemudian Umar R.A telah memanggil wanita tersebut pada keesokkan harinya dan menghadiahkannya wang . Umar merayu kepada wanita itu agar berjanji , jangan mendakwanya dihadapan Allah S.W.T di akhirat nanti . MasyaAllah , begitu sekali tawadhu' dan takutnya umar pada kemurkaan Allah S.W.T

Inilah yang dikatakan Amirul Mukminin iaitu
" Pemimpin kepada orang-orang mukmin " 
Inilah contoh tauladan yang sebaiknya dicontohi . Sedangkan Umar R.A telah dijanjikan syurga oleh Rasulullah S.A.W , tetapi beliau masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinannya . Tapi kita ?? Bagaimana kita yang langsung tidak dijanjikan syurga lagi ??

Cerita ini banyak pengajaran yang boleh kita dapati , bukan hanya sebagai tanggungjawab sesama manusia malah tanggungjawab kita sebagai hambaNya .



Post a Comment

1 Comments