Pergi KualaKangsar ( 24/05 -> 29/05 )

Khamis , 30 / 05 / 2013
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Hari nie wani nak luangkan masa dengan blog , hehe . Rindu , dah 6 hari wani tak menghadap blog , tak follow blog orang , dan blogwalking .

Wani tak tahu nak cerita apa , tapi nak cerita juga walaupun bukan berupa macam novel , hehe . 

Hari Jumaat (24/05)
Wani pergi kuala kangsar sebab ada meeting dekat sana , wani pergi dengan farah , teman sek rendah dan teman sekerja . Perjalanan wani dari batang kali ke tanjung malim naik train . Train nak ke kuala kangsar , tak ada tiket , tiket habis  Gara-ii nak pergi juga , wani ke ipoh naik bas . Alhamdulillah , ada tiket ke ipoh  . Dan ditakdirkan Allah , kami terserempak dengan seorang akak yang kebetulan nak ke kuala kangsar juga . Alhamdulillah , tidaklah kekok berdua dengan farah sebab ada orang lebih tua dengan kitaorang . Dah sampai ipoh , solehh dengan kawan dia datang ambik untuk ke kuala kangsar .

Hari Sabtu (25/05)
Sebenarnya pagi sabtu ada meeting , tapi tak pergi , hehe . Bukan tak pergi , pergi , tapi dah habis , sempat gi breakfast dekat kedai mamak je , makan roti canai . Memandangkan tak ada meeting , wani , yana , farah dan arina pergi jalan-ii dekat arena . Tapi tak beli pape pun , wani tak tahu pulak ada expo hari tu . Balik pun dekat zohor cam tu . Petang pulak , kuar dengan solehh  , pergi taiping . Dah balik dari taiping , siap-ii pergi meeting malam . Pergi meeting lambat  .

Hari Ahad (26/05)
Macam tak ada pergi mana-ii just kuar asrama untuk pergi meeting :)

Hari Isnin (27/05)
Pagi ada meeting , tapi tak pergi , hehe . Jadi datang meeting untuk petang saja . Hari nie juga datang bilik kaunseling untuk ambik surat  perlantikan jawatan AJK festival . Jujur wani bagitahu , surat tu tertinggal dekat asrama dan mungkin ada dekat yana . Petang tu meeting dengan semua unit , berbicara tentang isu datang meeting . Dah habis meeting semua unit , meeting untuk unit protokol saja . Dah habis meeting , keluar makan sekejap , tapi wani tak makan pun , just minum air  sahaja .

Tak sabar-ii , wani pergi night safari_Taiping  . Kami pergi 2 kereta , 8 orang . Bertolak dalam pukul 6 lebih dan sampai sana , selepas maghrib . Ermm , ada setengah dari kami , kata tak seronok , bosan lah , tapi wani ?? Wani biasa je , seronok  dapat jalan dengan kawan-ii walaupun kena tinggal dengan someone . Lepas pergi night safari , pergi makan kejap , dan finally , balik . Nak masuk asrama takut-ii sebab ada pakguard .



Hari Selasa (28/05)
Ada meeting pagi sahaja dengan penasihat kelab pewaris . Semua ketua unit kena bentangkan kertas keje mereka . Dah habis meeting dengan penasihat , meeting dengan unit protokol pulak . Dah habis meeting , balik asrama then tido , hehehe . Solehh , ajak kuar hari tu , tapi tak jadi kerana sebab-ii tertentu . Habis kuar pun pergi makan dekat norfi dan online sekejap dekat PS Cornerr . Lagipun wani online pakai laptop solehh , disebabkan guna laptop orang , kenakan pulangkan selepas pinjam . Jadi sempat online twitter je . Dan mungkin ada hikmah wani pakai laptop solehh .

Hari Rabu (29/05)
Cadangnya balik hari nie *memangbalikhariini . Dah beli tiket dengan farah untuk balik petang . Kuar asrama pukul 11 lebih , beli tiket , makan , jalan-ii sampai tengahari . Dah tengah hari nak balik , kerana tidak cukup kos nak tambang teksi , suruh solehh ambik , free :D

Bawa farah jalan-ii tengok kuala kangsar , tapi k.k tak ada pape sangat , mana yang ada jela bawa farah . Dah habis jalan k.k , pergi taiping . Pergi taiping , cuma pergi KFC , tak pe asalkan berjalan , huu ! . Dah habis jalan dekat taiping , balik tanjung malim -> Batang kali (:

: Sekian cerita wani sepanjang berada di kuala kangsar . Wani hadir meeting dalam unit protokol .

 Tiket pergi dan balik 


Post a Comment

1 Comments

  1. salam..waaa..turun kuala ye dik.. sejam dr umah akk sampai kuala:D hehehe..

    ReplyDelete