Jumaat , 12 / 04 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah , wani masih bernafas hari ini dan InShaaAllah mampu dan tabah dalam mengharungi dugaan yang Allah berikan kepada diri ini . Alhamdulillah dan tahniah kepada kawan-ii wani sebab dah habis final exam dan tinggal mahu menjejakkan kaki kerumah mereka dan berjumpa dengan orang yang disayangi :) *panjangpulakmuQaddimahdia,haha* . Kembali kepada tajuk entry hari ini.
Keterangan tentang Surah Al-Kahfi
Surah al-kahfi mempunyai 110 ayat dan surah ini diturunkan di mekah ( makkiyah ) . Didalamnya terdapat banyak meseg-ii yang disampaikan dan sebahagian daripdanya berbentuk cerita . Dalam surah ini jugak ada menceritakan tentang pemuda Ashabul Kahfi , kisah si kafir yang memiliki dua kebun , sahabat yang beriman kepada Allah , kisah nabi musa dan khidir dan kisah DzulQarnain yang membantu kaumnya berhadapan dengan masalah Yakjuj dan Makjuj .
Surah ini juga ada mengajar umat islam , apabila berjanji , ucaplah " InShaaAllah " kerana ia satu kalimah yang penting .
Antara asbab turunnya beberapa ayat dalam surah al-kahfi ini kerana Nabi Muhammad S.A.W ditanya oleh orang-ii musyrik tentang 3 perkara :-
01 ) Kisah Ashabul Kahfi
02 ) Kisah raja DzulQarnain
03 ) Tentang ruh
Namun wahyu tidak diturunkan kepada Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah S.A.W tidak menyebut " InShaaAllah " tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut . Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu turun , akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi Muhammad S.A.W menyebut " InShaaAllah " dikala ingin berjanji . Dan turunlah sekali jawapan dari Allah tentang tiga persoalan yang ditanya oleh orang musyrik itu .
Kelebihan Surah Al-Kahfi
01 ) Abu Sa'id al-Khudri radhiAllahu 'anhu , beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
" Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat , maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat "
( HR al-hakim dan BaihaQi , disahihkan oleh al-Albani )
02 ) Daripada Abu al-Darda' bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
" Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi pasti terlindung daripada fitnah Dajjal "
( HR Muslim 809 )
Sumber : SiniLala
1 Comments
dah habis exam ya, suka la tu..ermm, surah al kahfi, tu elok kita baca kan wani, byak kelebihan dia
ReplyDelete