Sabtu , 09 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Lahad Datu : Seorang lagi pengganas ditembak mati dalam satu pertempuran bersama pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu , di sini , pagi ini .
Pengganas terbabit dipercayai sudah berpecah kepada kumpulan-ii kecil dan bersembunyi di hutan sekunder di kampung berkenaan di kesan , kira-kira jam 8 pagi .
Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar berkata , dalam kejadian itu berlaku tembak menembak dan akhirnya seorang pengganas di tembak mati .
Menurutnya , setakat ini jumlah kematian pengganas meningkat kepada 53 orang .
Katanya , polis sudah menahan beberapa orang suspek di luar kawasan operasi ( Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu ) dan jumlah suspek yang disyaki terbabit dengan pengganas berkenaan berjumlah 79 orang .
" Pihak polis sedang mengesan beberapa lagi suspek . Semua suspek kini ditahan dan disoal siasat bagi melihat sejauhmana pembabitan mereka dalam Kumpulan Pengganas berkenaan , " katanya pada sidang media harian bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Resedince Sahabat , di sini .
Beliau berakata semua maklumat yang diterima daripada suspek akan disahkan .
Sumber : myMetro
2 Comments
wah...ramainya suspect!
ReplyDeleteadik, muda lagi ni yek..=)
ReplyDeleteakak doakan adik berjaya dunia akhirat. tumpu study dulu yek. dengan cita-cita di genggaman, insyaAllah cinta itu akan hadir dengan sendirinya. pengalaman. (^_^)