Isnin , 03 / 09 / 2012
! Assalamualaikum !
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Walaupun sekarang mungkin bukan dalam minggu atau bulan peperiksaan bagi setengah sekolah , tapi tak salah seandai nye kite bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang . Baik , sekolah mahupun institut pelajaran tinggi . Petua dan tips nya tetap sama dan boley dipakai tiap-2 peringkat .
UPSR , SPM , PMR , Mid-Term , Final Exam dan sebgainya EXAM ! .
Sekarang tempat belajar wani tengah hadapi Mid-Term :)
Petua ini dimotivasikan dari Pakar Motivasi , MAP Training & Consultancy Sdn Bhd . Dr. Tengku Asmadi Tengku Ahmad .
01 ) Jangan Panik .
Jangan mudah panik kerana ia mampu membuat anda hilang 50% apa yang sudah dipelajar atau dibaca selama ini . Jadikan tanamkan keyakinan dalam diri anda untuk menghadapi peperiksaan .
02 ) Mengkaji topik dan Membuat peta minda .
Ulangkaji balik sama ada anda faham separuh , faham semua atau tidak faham langsung dalam sesuatu topik atau bab . Jika ada yang tidak fahami , segera membuat peta minda dengan berbincang bersama rakan dan mencatat maklumat-2 penting .
03 ) Banyakkan pembelajaran secara output learning .
Iaitu memperbanyakkan ulangkaji pelajaran dengan mengeluarkan kembali kefahaman anda dalam bentuk lakaran ataupun menerangkan sesuatu bab atau topik kepada rakan-2 anda . Ini dapat membantu menguatkan ingatan anda terhadap sesuatu mata pelajaran .
04 ) Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi .
Salah satu cara untuk menguji kefahaman anda dalam sesuatu subjek adalah dengan membuat latih tubi dan membuat soalan tahun lepas . Ia dapat membantu bagi mengatasi bahagian subjek yang lemah .
05 ) Nota Ringkas .
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibwa kemana sahaja , seperti kantin , taman dan lain-2 . Anda juga boleh baca nota tersebut bila terluang .
06 ) Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya .
Sesibuk mana pun , anda perlu mendapatkan masa untuk tidur dan rehat secukupnya . Jangan lupa , sebaiknya lakukan senaman sekurang-2nya 10 minit . Pengaliran oksigen yang baik boleh menhasilkan otak yang cerdas . Jangan tidur lama sangat kerana ia boleh melembabkan otak .
07 ) Kawal Emosi .
Elakkan diri anda dari terbabit sebarang konflik yang boleh mengugat ketenangan emosi anda di saat anda akan menduduki peperiksaan . Jangan timbulkan sebarang pertelingkahan bersama rakan dan keluarga anda kerana ia boleh mengugat ketenangan anda ketika menjawab peperiksaan .
08 ) Permakanan yang seimbang dan khasiat .
Elakkan diri dari mengambil makanan yang mengandungi banyak kafein kerana ia boleh membuat anda hilang tumpuan dan sukar menperolehi tidur yang mncukupi .
09 ) Banyakkan solat dan berdoa .
Ini sangat penting bagi setiap makhluk di muka bumi ini . Sebagai makhluk yang lemah , kita tidak boleh lari dari berdoa kepadaNya . Bagi yang beragama islam , anda perlu memperbanyakkan solat hajat , tahajud , dan berdoa memohon bantuan dari-Nya . Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan berdoalah dan memohon keredhaan dari ibubapa dan guru .
0 Comments