tip mengawal marah

sabtu , 1.40 pagi

! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم


1.  Mengubah posisi kedudukan

Mengubah posisi kedudukan pada waktu marah mampu mengurangkan sikap reaktif pada perasaan marah. Sekiranya sedang berdiri, maka duduk. Sekiranya sedang duduk, maka baring. Ia sedikit sebanyak mampu mengalih perhatian dari rasa marah.

2.  Baiki cara pernafasan

Dengan membaiki cara pernafasan, degupan jantung yang laju akan menjadi perlahan. Darah merah yang membuak-buak dapat dinyamankan. Oksigen di dalam kepala juga dapat dipenuhkan dan diri menjadi tenang sedikit sebanyak.

3.  Mengambil wuduk

Mengambil wuduk mampu meredakan kemarahan. Kemarahan itu berasal dari syaitan dan syaitan itu berasal dari api. Oleh itu, api mampu dipadamkan dengan air yang dituntut oleh Allah iaitu air sembahyang.

4.  Solat sunat

Apabila kemarahan berada di kemuncak, maka hamburkan ia dengan bersolat. Sesungguhnya tiada jalan terbaik selain dari mengadu kepada sang pencipta. Dengan meletakkan kepala di atas tikar sejadah, hati yang membengkak mampu bertukar menjadi aman dan damai.

Post a Comment

0 Comments